Syaz Ft 2026 09 09T124817.098

Tragedi nahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak yang mengorbankan lima nyawa baru-baru ini terus mendapat perhatian dan simpati ramai, termasuk pendakwah bebas terkemuka, Pencetus Ummah (PU) Amin.

Menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya, PU Amin menyifatkan pemergian kesemua mangsa sebagai satu pengorbanan yang sangat mulia di sisi agama memandangkan mereka terkorban ketika menjalankan tugas demi kemanusiaan.

Menurutnya, kematian sewaktu berkhidmat dan mencari rezeki halal untuk menyelamatkan nyawa orang lain boleh dikategorikan sebagai mati syahid.

Artikel berkaitan: “Saya bawa berus gigi, sikat” – Bapa Serah Barangan Peribadi Dr Ainul Untuk Ujian DNA

Artikel berkaitan: Bantuan Dilempar Dari Helikopter, TikToker Indonesia Luah Rasa Kecewa

“Meninggal dunia dalam misi menyelamatkan nyawa manusia, dalam masa mencari nafkah dan tengah bekerja boleh dimuktamadkan sebagai mati syahid,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa yang mendalam agar kesemua roh mangsa ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan dilindungi Allah SWT.

“Roh nya mulia dan dipelihara oleh Allah Swt. Semoga Allah kurniakan Syurga tertinggi buat mangsa nahas helikopter ini. Damailah kalian di bawah kasih sayang Nya,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati netizen yang rata-ratanya turut bersedih dengan tragedi berkenaan serta mendoakan agar keluarga para mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Cats 5

Sebelum ini, sebuah helikopter jenis BO-105 yang membawa barisan petugas perubatan dan juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Pelepasan dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang, Sarawak sehingga mengorbankan kesemua lima penumpang di dalamnya.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.