“Jodoh tak kenal usia…” – Saling Kenal Pada Zaman Persekolahan, Wanita 77 Tahun Akhirnya Bernikah Dengan Cinta Lama Lepas 50 Tahun Terpisah

22 hours ago 12

Siapa sangka, pada usia 77 tahun, seorang wanita warga emas akhirnya bertemu jodoh buat pertama kali dalam hidupnya!

Azizah Alias, seorang pesara kerajaan, selamat bernikah dengan Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di Kampung Lada, Rembau, pada Sabtu.

Lebih menarik, pasangan ini sebenarnya pernah saling mengenali ketika zaman sekolah dulu tetapi terputus hubungan lebih 50 tahun sebelum kembali dipertemukan.

Menurut Azizah, perkenalan semula mereka berlaku secara tidak sengaja selepas mendapat mesej daripada anak saudaranya yang juga bekas pelajar kepada Md Sham.

“Mula-mula terkejut juga bila dapat tahu pensyarah dia nak kenal saya. Bila tengok nama, rupa-rupanya memang kami kenal masa sekolah dulu,” katanya.

Dari situ, mereka mula kembali berhubung sebelum masing-masing bersetuju untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Azizah berkata, dia yakin untuk menerima Md Sham sebagai suami kerana percaya lelaki itu adalah pasangan yang terbaik buat dirinya.

“Saya pun dapat galakan dari keluarga dan anak-anak saudara. Mereka semua sokong keputusan saya,” tambahnya.

Artikel berkaitan: “Macam filem Tiga Abdul” – Perkahwinan ‘Rare’ Pengantin 3 Beradik Kongsi Satu Mentua

Artikel berkaitan: Kongsi Kisah ‘Berjodoh’ Dengan Sepupu Sendiri, Perkongsian Influencer Terkenal Undang Pelbagai Reaksi

3182237Gambar perkahwinan Azizah Alias, 77, dan Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, yang berlangsung pada Sabtu di Kampung Lada, Rembau.

Azizah juga berkongsi bahawa ketika muda, memang ada lelaki yang cuba mendekatinya, tapi hatinya langsung tidak terbuka untuk bercinta atau berkahwin pada waktu itu.

“Saya tak pernah rasa tertekan hidup seorang diri. Saya selalu percaya jodoh itu urusan Allah. Kalau dah tertulis, lambat atau cepat tetap akan sampai,” katanya lagi.

Sementara itu, Md Sham yang merupakan bekas pakar perubatan kanak-kanak berkata, dia mula teringatkan Azizah selepas kehilangan isterinya enam bulan lalu.

“Lepas isteri meninggal, saya rasa hidup ini sunyi sangat. Dari situ saya terfikir, kenapa tidak cari Azizah semula. Kebetulan anak murid saya rupa-rupanya anak saudara dia. Jadi saya minta tolong dapatkan nombor telefon Azizah,” katanya.

Md Sham mengakui dia tertarik dengan keperibadian Azizah yang mesra dan baik hati. Namun, pada awalnya anak-anaknya agak berat hati dengan keputusannya untuk berkahwin semula.

“Saya jelaskan pada anak-anak, pada usia sekarang, saya perlukan teman hidup. Alhamdulillah, akhirnya mereka faham dan restu keputusan saya,” katanya yang mempunyai empat orang anak dan enam cucu.

Benarlah orang kata, jodoh itu rahsia Allah. Kalau sudah tertulis, pasti akan dipertemukan… walaupun selepas 50 tahun terpisah!

Kredit: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |