syaz ft 2025 08 14T110223.988

Suami kepada pengasas jenama kosmetik, Dnars diperintahkan  Mahkamah Tinggi Syariah untuk memulangkan semula wang tunai milik Allahyarham isterinya, Faziani Rohban Ahmad ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham.

Difahamkan, akaun pentadbir bersama itu dimiliki oleh Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, dan anak sulung Allahyarham Faziani, Aqbar Hakim Jasman, 25.

Artikel berkaitan: “Kalau adik ore mati, ore g pancung belako” –  Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri di Whatsapp

Artikel berkaitan: Polis Kelantan Sahkan Akan Ada Lagi Tangkapan Baru Pempengaruh & Pengasas Kosmetik Terlibat Kes Dad*h

Hakim Zaini Sulaiman memerintahkan Ahmad Shah Rizal berbuat demikian dalam tempoh 30 hari bermula hari ini selepas membenarkan permohonan ahli-ahli waris Allahyarham Faziani.

“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil oleh plaintif dalam peti besi sebelum ini yang kini berada dalam milikan plaintif secara peribadi perlu didepositkan ke akaun bank pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham sebelum mahkamah memutuskan soal tuntutan harta sepencarian,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shah Rizal dikehendaki mematuhi perintah itu dan sekiranya gagal, dia boleh dikenakan prosiding komital.

Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah dan salah satu harta sepencarian yang dituntut adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi sebelum diambil oleh Ahmad Shah Rizal.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.