ft anju hot daddy

Perkongsian baharu daripada pelakon Zarina Anjoulie sedang menjadi tumpuan ramai apabila dia dilihat bersama individu yang dikenali sebagai Hot Daddy.

Dalam perkongsian tersebut, Zarina dilihat seperti berada di dalam sebuah rumah bersama beberapa orang wanita di dapur sebelum menunjukkan kelibat Hot Daddy yang sedang duduk sambil khusyuk meneliti telefon bimbitnya.

Artikel berkaitan : “Hubungan kami tiada pelik-pelik” – Zarina Anjoulie Anggap Nedim Nazri Seperti Abang

Artikel berkaitan : “I menyesal” – Terkena ‘Infection’, Zarina Anjoulie Menyesal ‘Buat Hidung’

“Hari ini kita masak-masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salad sahaja.”

Perkongsian itu dilihat telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya kurang senang bahkan ada juga yang memberikan komen sinis kepada pelakon itu. Tidak berdiam diri, Zarina Anjoulie turut ada memberikan respon kepada netizen tersebut.

Screenshot 2025 08 18 150233

Untuk rekod, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah didakwa pada 2024 atas tuduhan melakukan aktiviti perkhidmatan persundalan menggunakan aplikasi X dan menjual video lucah.

Bagaimanapun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan Hasli Ikhwan bersama dua rakan wanitanya.

Sumber : Kosmo! Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.