Bengang Cinta Ditolak, Murid Hidap Kanser Hidung Dibuli Hingga Alami Gegaran Otak & Dipaksa B*gel

2 hours ago 2

Lagi kes buli? Semalam tular dakwaan daripada seorang ibu iaitu Siti Suhana Misdi, 39, yang mengatakan anak lelakinya telah dibuli oleh pelajar lain sehingga mengalami gegaran otak.

Lebih mengejutkan, perbuatan pembuli yang merupakan murid darjah enam itu pada 21 Februari lepas tidak diambil tindakan kerana pelaku masih kanak-kanak.

Menurut Kosmo!, mangsa iaitu Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, juga merupakan pesakit kanser hidung dan kejadian ini dipercayai berlaku apabila pelaku tidak berpuas hati cintanya terhadap kakak mangsa telah ditolak.

BH17budak 1755417521

Anak lelaki saya bukan sahaja dipukul dan ditendang, tetapi turut dihentak di bahagian kepala bahagian selain dipaksa berbogel.

“Akibat kejadian itu, dia kerap mengadu sakit kepala dan badannya lemah. Apabila pemeriksaan hospital dibuat, doktor mengesahkan dia mengalami gegaran di bahagian otak.

“Dia dirawat di sebuah hospital swasta di bandar raya ini sejak 12 Mac hingga 26 Mac lalu,” kata ibu mangsa yang sudah membuat laporan polis pada 26 Mac lalu.

Artikel berkaitan: “Saya pernah kena lempang sampai terjatuh” – Syed Saddiq Dedah Pengalaman Dibuli, Jadi Sasaran Kerana Berbadan Kecil

Artikel berkaitan: “Diaorang keliling I, maki I sund*l” – Wanita Menangis Bila Imbau Detik Dibuli Masa Di Sekolah Asrama

Mangsa masih jadi mangsa buli, terbaru 7 Ogos lalu

Menurut ibu mangsa lagi, dia sangat kecewa apabila dimaklumkan siasatan berhubung kes itu tidak sesuai untuk diteruskan dan sebaliknya hanya perjumpaan bersama ahli keluarga pelaku sahaja dibuat.

Saya kurang puas hati kerana kejadian ini memberi kesan mendalam buat saya sekeluarga. Anak saya sehingga kini tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.

“Doktor beritahu tempoh untuk sembuh mungkin memakan masa sehingga tiga tahun selain perlu turut bergantung kepada ubat-ubatan. Doktor juga maklumkan anak saya berisiko sawan sekiranya terjatuh atau pengsan,” jelasnya lagi.

IMG 0404

Katanya lagi, sehingga kini anaknya masih lagi menjadi mangsa buli murid-murid di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai dengan kejadian terbaru berlaku pada 7 Ogos lalu dan terpaksa dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu.

Anak saya mengadu pelaku berbeza memukulnya menggunakan tangan di bahagian kepala ketika berada di sekolah.

“Saya tidak pasti mengapa anak menjadi mangsa, adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.

“Dia diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, tetapi keadaannya sudah pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,” kata ibu mangsa.

Siti Suhana berharap perkara sebegini diambil tindakan sesuai kerana pelaku boleh mengulangi perbuatannya terhadap mangsa lain.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah maklum akan perkara tersebut.

“Murid terlibat dan ahli keluarganya telah dikunjungi untuk tindakan lanjut sewajarnya diambil,” katanya.

Moga pihak berwajib mengambil tindakan segera atas kejadian yang berlaku.

Sumber: Kosmo!, BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |