syaz ft 2025 08 22T132326.059

Kecoh di X apabila seorang Chief Operating Officer (COO) sebuah restoran burger terkenal memuat naik kenyataan berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Kenyataan itu merupakan responnya terhadap satu ciapan oleh BFM News di X yang menyatakan lelaki di Terengganu yang tidak menunaikan solat Jumaat akan dikenakan denda sebanyak RM 3,000.

COO itu kemudiannya membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan tindakan itu seakan terlalu ekstrem dan seakan ingin menjadi seperti negara Iran.

Artikel berkaitan: Padah Hina Islam Berkenaan Isu Stoking, Rumah Lelaki Mualaf Diserbu Sebelum Diangkut Polis

Artikel berkaitan: Isu Pelawak Didakwa Menghina Islam: JAKIM Sudah Atur Tarikh Pertemuan Dengan Harith Iskander 

cats 12

Kenyataannya itu membuatkan ramai yang marah dan hampa kerana dia merupakan seorang yang berpengaruh dan terkenal.

Terbaru, COO berkenaan menerusi akaun X miliknya membuat permohonan maaf dan berkata dia tidak sangka responnya terhadap berita itu dilihat menghina agama Islam.

cats 13

“Saya tahu apa yang saya buat tu memang tak kena dan saya bertanggungjawab sepenuhnya.

Nilai yang saya pegang sebenarnya berasaskan hormat dan keterangkuman, tapi kali ni saya terkhilaf.

Saya hargai kalau ada yang sudi kongsi pandangan dengan saya, supaya saya boleh faham lebih mendalam, belajar daripada kesilapan ni dan cuba bina balik kepercayaan,” tulisnya.

COO berkenaan juga telah memadam ciapannya itu kerana tidak mahu ia dipanjangkan dan mengundang kemarahan.

Terbaru, restoran burger berkenaan juga memohon maaf susulan tular kenyataan bekas COO-nya itu.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.