syaz ft 2025 08 06T105952.654

Semalam, seorang kanak-kanak 12 tahun dilaporkan meninggal dunia 6 jam selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Kemalangan itu berlaku di Jalan Get Paloh, Johor difahamkan kanak-kanak itu menunggang motosikal tersebut sebelum melanggar batu penghadang jalan, kanak-kanak itu kemudiannya terjatuh sendiri.

Artikel berkaitan: Seorang Guru Dan 3 Murid Cedera, Bas Bawa Murid Tadika PASTI Terlibat Kemalangan

Artikel berkaitan: “Beliau sempat masukkan duit gaji staff” –  Ford Mustang Terbabas, Pasangan Pemilik Kedai Emas M*ut Kemalangan

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pukul 1.10 petang itu berlaku ketika Muhammad Harith Isyraf Yuzaini,12, menunggang sebuah motosikal dari rumah bapa saudaranya di Jalan Tengah, Paloh menghala ke kedai runcit di Pekan Paloh itu.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Desa Paya Mengkuang, Johor Bahru telah dihantar ke sebuah Klinik swasta di Kluang untuk mendapatkan rawatan dan ke sebuah lagi klinik swasta di Gelang Patah.

Kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan namun enggan pergi, sebelum dibawa pulang oleh bapanya ke rumah di kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri,” katanya.

Menurut Bahrin lagi, kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam malam tadi ketika berehat di rumah.

Sumber: Malaysia Gazette, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.