Dua pelancong Malaysia mencuri perhatian ramai selepas tular video mereka berjaya membantu ahli Running Man menyelesaikan misi mereka, menerusi episod terbaharu program tersebut.
Dalam perkongsian video itu, dua individu wanita bukan sahaja mengejutkan ahli Running Man, malah turut membanggakan penonton Malaysia.
Menerusi video klip yang dikongsikan, difahamkan misi tersebut memerlukan pelancong menyambung suku kata terakhir perkataan yang diberikan ahli Running Man.
Bagaimanapun, ahli Running Man mengalami sedikit kesukaran untuk menjelaskan misi mereka kepada dua wanita ini kerana mereka hanya fasih berbahasa Inggeris.
Namun, apabila salah seorang ahli menyebut perkataan ‘Gangnam’, tanpa teragak-agak pelancong Malaysia itu terus menyambung dengan jawapan tepat, ‘Namdaemun’.
Artikel berkaitan: ”Semua ingat hanya bergurau” – Ini Reaksi Ahli Running Man Bila Kim Jong-kook Beritahu Mahu Berkahwin
Artikel berkaitan: “Malu oii” – Bintang Running Man Lap Lantai Sebab Bumbung Bocor, Netizen Kritik Pihak Pengurusan
Aksi spontan itu membuatkan semua ahli Running Man bersorak gembira kerana mereka berjaya menyelesaikan cabaran dengan mudah.
Salah seorang daripada mereka yang berkongsi pengalaman tersebut menyatakan perkara itu adalah momen spontan ketika dia dan rakannya melancong ke sana.
“One of the random momment in our trip. Tapi otak loading betul sebab tengah proses betul ke Song Ji Hyo depan mata,” ujarnya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen berasa bangga dan turut teruja apabila melihat individu dari Malaysia berpeluang muncul dalam rancangan popular Korea Selatan itu.
Sumber: Threads