Logo Maybank Di Menara Merdeka 118 Tidak Akan Ditanggalkan?

1 day ago 17

Baru-baru ini, kecoh diperdebatkan di media sosial mengenai isu pemasangan papan tanda bank, Maybank pada bangunan tertinggi di Malaysia iaitu Menara Merdeka 118.

maybank merdeka 118

Pemasangan papan tanda Maybank itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet, terutamanya mereka yang tidak bersetuju dengan pemasangan itu kerana ramai yang bimbang identiti nasional bangunan itu terjejas.

Tular juga di media sosial mengenai foto pemasangan papan tanda itu.

Susulan isu pemasangan papan tanda itu yang menyebabkan segelintir warganet tidak bersetuju, ada juga pihak yang mendakwa bahawa papan tanda Maybank itu kemudiannya telah dibawa turun atau ditanggalkan.

Namun, menurut laporan New Straits Times (NST), dakwaan papan tanda itu telah dibawa turun dari bangunan Merdeka 118 itu adalah tidak benar.

papan tanda maybank bangunan merdeka 118

Artikel Berkaitan: Bintang Filem, Florence Pugh Melompat Dari Menara Merdeka 118 Untuk Filem Terbaru Marvel

Artikel Berkaitan: “Gayat weh” – Orang Ramai Terpegun Tengok Pekerja Ini Cuci Menara Berkembar KLCC

Menurut Maybank ketika dihubungi oleh media NST, pihak mereka tiada perancangan untuk menanggalkan papan tanda jenama bank mereka dari bangunan pencakar langit tersebut.

Difahamkan, foto yang menunjukkan papan tanda Maybank itu telah siap dipasang itu adalah foto palsu.

Ini kerana difahamkan juga, setakat ini, hanya bahagian ‘May’ sahaja yang baru siap dipasang, manakala bahagian ‘bank’ pula masih belum siap dipasang.

Meskipun ada golongan yang tidak bersetuju dengan pemasangan itu, namun dalam masa yang sama, ramai juga yang berpedapat bahawa pemasangan papan tanda Maybank itu tidak akan menjejaskan identiti Menara Merdeka 118.

Untuk makluman semua, pejabat Maybank yang berada di Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur akan dipindahkan ke Merdeka 118.

Sebagai penyewa utama atau anchor tenant bangunan Merdeka 118, difahamkan, Maybank telah diberikan hak untuk menamakan dan meletakkan papan tanda pada bangunan tersebut.

Sebanyak 33 tingkat bangunan tersebut menjadi pejabat Maybank dan dijangka akan menempatkan sekitar 5,900 kakitangan.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |