Seorang ibu tunggal membuat laporan polis apabila mendapati anak perempuannya yang berusia 15 tahun didakwa menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi Telegram.
Memetik laporan Berita Harian, ibu berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu membuat laporan pada Sabtu lalu di Balai Polis Pasir Puteh, Kelantan.
Menurut sumber, wanita itu mendakwa anak sulungnya memaklumkan perkara tersebut kepadanya ketika berada di rumah di Jerteh, Terengganu, pada 15 September lalu.
Artikel berkaitan: Jual Video Adegan L*cah Sendiri Hingga Raih RM3K Sebulan, MCMC Kesan Pelajar IPTA
Artikel berkaitan: “Jenayah grooming, minta gambar & video lucah dijangka jadi trend pada masa akan datang” – Bukit Aman
“Menurut wanita itu, anak sulungnya memberitahu anak perempuan berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seks.
“Menurutnya, anak keenam daripada tujuh beradik itu menawarkan perkhidmatan melalui Telegram secara percuma untuk pelanggan pertama dan untuk kali kedua dan seterusnya, bayaran akan dikenakan.
“Ibu itu percaya anak perempuannya pernah melakukan hubungan seksual dengan beberapa lelaki,” kata sumber.
Ekoran itu, ibu terbabit membuat laporan untuk membolehkan polis mengambil tindakan selanjutnya.
Menurut sumber lagi, remaja perempuan terbabit dan adik-beradiknya yang lain tinggal bersama bapa mereka di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh selepas ibu bapa mereka bercerai 10 tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kes itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.
Sumber: Berita Harian