syaz ft 2025 09 22T103310.123

Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled menerima pengiktirafan khas daripada wakil Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD) di Bali atas usaha membantu mangsa banjir di sana.

Beliau dianugerahkan penghargaan Influencer Antarabangsa Peduli Alam Sekitar di Provinsi Bali oleh Senator Bali, Arya Wedakarna. Selain sijil, Aisar turut diberikan pin istimewa yang pernah dimiliki Presiden Soekarno sebagai tanda penghargaan terhadap keprihatinannya terhadap masyarakat Bali.

Artikel berkaitan: Tular Video Aisar Khaled Dihalau Ketika Beri Sumbangan, Penduduk Bali Dedah Situasi Sebenar

Artikel berkaitan: Aisar Khaled Hadir Pengebumian Affan Kurniawan, Mangsa G*lis Kenderaan Taktikal Polis Indonesia

“Kita hargai seorang anak muda hebat dari Malaysia yang prihatin terhadap orang Bali. Saya berharap tindakan Aisar ini bukanlah yang terakhir kerana ini merupakan penghargaan pertama diberikan kepadanya,” tulis Arya menerusi Instagram.

Aisar pada masa sama menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut, terutama selepas melalui insiden memalukan apabila diusir ketika cuba menyalurkan bantuan banjir di kawasan terbabit.

“Perancangan Allah itu hebat. Saya hanya seorang anak luar negeri yang ingin membantu masyarakat Indonesia. Walaupun ribuan orang berkata buruk, masih jutaan manusia yang menghargai saya,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Aisar dihalau oleh individu tertentu ketika sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali.

Sumber: Instagram (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.