Seorang wanita di negara Jepun telah menjadi sorotan ramai apabila dia mengahwini teman lelakinya yang jauh lebih muda dari dirinya.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Azarashi, 63 tahun telah berkahwin dengan lelaki pilihannya yang berusia 31 tahun, menjadikan jarak usia antara mereka berdua ialah sekitar 30 tahun!
Menurut laporan South China Morning Post, Azarashi juga enam tahun lebih berusia daripada ibu mentua kerana umur mentuanya itu berada dalam linkungan 50-an.
Difahamkan, Azarashi dan suaminya itu berkenalan pada tahun 2020 apabila wanita itu terjumpa telefon bimbit yang hilang di sebuah kafe di Tokyo.
Dia kemudiannya mengembalikan semula telefon itu kepada pemiliknya yang datang untuk mendapatkan telefon bimbit itu semula.
Dari situlah, pasangan ini mula berkenalan dan difahamkan, mereka hanya mengetahui umur masing-masing selepas sebulan berkawan.
Dapat dilihat wajah wanita itu tampak lebih muda dari usianya menerusi fotonya yang tular.
Artikel Berkaitan: Usia Sudah 102 Tahun Tapi Tetap Berjaya Tawan Gunung Fuji, Siap Dapat Pengiktirafan Guinness World Records!
Artikel Berkaitan: Berkat Menabung Sejak Remaja, Warga Emas Akhirnya Dapat Tunai Haji Usia 90 Tahun
Difahamkan juga, Azarashi sebelum ini pernah berkahwin namun berpisah dengan bekas suaminya ketika dia berumur 48 tahun.
Azarashi juga mempunyai seorang anak lelaki yang telah berkahwin dan usianya juga lebih tua dari bapa tiri iaitu suami baru Azarashi.
Hubungannya dan suami mudanya itu dikatakan telah disokong oleh anaknya sejak dari awal lagi manakala ibu lelaki itu pada mulanya tidak bersetuju dengan pilihan hati anaknya kerana jarak usia mereka.
Namun, lama-kelamaan ibu lelaki berkenaan dikatakan dapat menerima pilihan anaknya itu setelah melihat kesungguhan anaknya.
Kini, pasangan ini menguruskan agensi mencari jodoh bersama-sama.
Sumber: South China Morning Post