Posting bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer di X telah mendapat perhatian ramai apabila mendakwa Malaysia telah lama menjadi pusat operasi anggota Hamas.
Menerusi hantarannya, Schanzer juga berkata, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat dengan perdamaian.
Negaranya telah menjadi ‘tuan rumah’ kepada anggota Hamas bertahun lamanya. Beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga tidak berminat dengan perdamaian,” tulisnya.
Kritikan itu dipercayai dinyatakan selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan menggesa supaya hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza sehingga kini berterusan dihancurkan manakala Tebing Barat pula dirampas.
Artikel berkaitan: “Masih dibenarkan beraksi” – Eric Cantona Seru FIFA Gantung Israel Seperti Rusia
Artikel berkaitan: Konvoi Global Sumud Flotilla Kini Berlayar Dari Tunisia Ke Gaza, Cabar Sekatan Israel Demi Sampaikan Bantuan Kemanusiaan
“Palatao je” – Netizen
Hantaran di X itu telah menerima pelbagai komen kecaman dari netizen yang menganggap Schanzer sengaja ingin mencetuskan kontroversi.
Malah netizen juga membidas kenyataan bekas pegawai AS ini dengan membandingkan rekod negara Barat yang pernah terlibat dalam peperangan dan pengeboman di luar negara.
No Hamas here. Only Hihang Hoheng Hanas. https://t.co/Lu8gfkadCt pic.twitter.com/eXvo9p7MoM
— Tracie Sinetron (@mamuvies) September 19, 2025
Want to change your car’s engine oil, gear oil, brake pads, or service your car?
Come to Malaysia. Cheap price lai lai.
Kedai melayu ni. Kasi support. Tak de kencing punya 😂 pic.twitter.com/puupwRJHzb
— Saifuddin Amri (@SaifuddinAmri__) September 19, 2025
Dalam pada itu, Schanzer menerusi ciapan terbarunya merasakan reaksi yang diterimanya sebagai sesuatu yang melucukan dan keterlaluan.
Hampir sejuta tontonan. Hampir sepenuhnya troll dari Malaysia. Respons diterima agak lucu dan ada yang keterlaluan,” katanya.
Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataannya pagi ini menolak sebarang cubaan berniat jahat yang menyalah tafsirkan sokongan kerajaan Malaysia terhadap keamanan, kebebasan dan keadilan untuk Palestin.
Menurut kenyataan itu, Malaysia konsisten dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan menghormati Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, serta kewujudan bersama secara aman di kalangan dan antara negara.
PRESS RELEASE: MALAYSIA REJECTS MALICIOUS ATTEMPT TO MISINTERPRET ITS SUPPORT FOR PEACE, FREEDOM AND JUSTICE FOR PALESTINE pic.twitter.com/5X7XNRQrmi
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) September 21, 2025
Selaras prinsip ini juga, Malaysia telah menentang sekeras-kerasnya penjajahan, pendudukan asing, pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan serta dasar apartheid.
Sumber: X (1), (2), Sinar Harian
Sumber: X