Suami Allahyarham Pengasas Dnars Dakwa Tidak Terima Surat Untuk Serah Semula Wang Bernilai RM1.3 Juta

1 day ago 11

Baru-baru ini, suami kepada Allahyarham pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengembalikan semula wang tunai bernilai RM1.3 juta yang merupakan milik pengasas Dnars itu.

Untuk makluman semua, pengasas jenama Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 2019 dalam suatu kemalangan di Pattani, Thailand.

Walau bagaimanapun, suami Allahyarham, Ahmad Shah Rizal mendakwa dia tidak menerima sebarang surat daripada mahkamah mengenai arahan untuk menyerahkan semula wang bernilai jutaan ringgit itu.

Menurut Harian Metro, lelaki berusia 48 tahun itu mengatakan dia hanya mengetahui tentang arahan tersebut menerusi media sosial.

Oleh sebab itu dia tidak mengetahui tentang arahan mahkamah itu, dia tidak memulangkan duit tersebut sebelum ini.

allahyarham faziani rohban ahmad

Artikel Berkaitan: Ambil Wang Tunai Dalam Peti Besi, Mahkamah Perintah Suami Pengasas Dnars Pulangkan RM 1.3 Juta Milik Isteri

Artikel berkaitan: “Kalau adik ore mati, ore g pancung belako” –  Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri di Whatsapp

Selain itu, Ahmad Shah Rizal juga mendakwa bahawa wang bernilai RM1.3 juta yang dipegangnya itu hanyalah enam peratus daripada jumlah harta sepencarian bernilai RM80 juta yang dituntut.

suami arwah pengasas dnars

Tambahnya lagi, wang bernilai sedemikian yang diambilnya itu tidak melebih hak yang sepatutnya dari jumlah harta sepencarian tersebut.

Difahamkan, selepas mendapat surat daripada mahkamah, dia akan memulangkan wang tersebut dengan cara mendepositkan wang itu ke dalam akaun pentadbir yang diuruskan oleh anak tirinya iaitu Iqbar Hakim Jasman dan dirinya sendiri.

Menurutnya lagi, wang bernilai lebih sejuta ringgit itu bukannya sudah habis dan ia masih berada dalam pegangannya.

Namun, dalam masa yang sama, anak Allahyarham pengasas Dnars iaitu Irdina Hakim menafikan dakwaan bekas bapa tirinya bahawa pihak keluarga Irdina berhutang wang faraid arwah ibunya yang dikatakan bernilai RM3.2 juta, lapor Berita Harian.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |