saddiq bella cincin

Apa sahaja dilakukan pasangan sejoli, Bella Astillah dan Syed Saddiq kini menjadi perhatian ramai meskipun mereka secara umumnya tidak meletakkan sebarang label kepada perhubungan mereka.

Rata-rata netizen sering meluahkan rasa gembira dan ‘cair’ apabila melihat pasangan ini bersama sehingga ada yang mendoakan semoga hubungan kedua-duanya hingga ke jinjang pelamin.

Pun begitu, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan Bella dan Syed Saddiq di sebuah kedai emas dan seperti sedang memilih barang kemas untuk dibeli.

Menerusi video ‘screen record’ daripada akaun milik Emas Puteri Melayu yang dikongsikan semula di Threads, Bella dilihat sedang memilih barang kemas sebelum dihalang Syed Saddiq untuk memilih cincin.

Eh jangan cincin tak boleh, tu hold dulu. Cincin minta maaf,” kata Syed Saddiq.

“I think cincin tak boleh, risau nanti orang…” kata Bella pula, menyokong kata-kata Ahli Parlimen Muar itu.

Artikel berkaitan: Insiden Bella Astillah & Sophia Albarakbah Atas Pentas, Ramai Artis & Pempengaruh Bengang Dengan Melodi

Artikel berkaitan: “Terus pergi dekat kesayangan” – Netizen Cair Lihat Gelagat Syed Saddiq Lepas Tamat Kejuaraan Iron Man Dunia

Video itu walau bagaimanapun telah mengundang spekulasi di kalangan netizen yang mula menganggap pasangan itu mungkin sudah merancang ke ‘langkah seterusnya’.

Namun ada juga yang mendakwa Syed Saddiq tidak mahu menimbulkan fitnah atau gosip yang tidak sepatutnya berkenaan cincin tersebut.

cincin 1 down

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.