pasangan peniaga video tak senonoh ganjaran

Sepasang suami isteri yang juga peniaga barang dapur basah menjadi sorotan netizen susulan tular video mereka didakwa berkelakuan tidak senonoh ketika sesi live di sebuah platform media sosial.

Rata-rata netizen mengecam aksi pasangan itu yang dianggap tidak sensitif dan melampaui batas kerana dipamerkan kepada umum ketika mempromosikan jualan perniagaan mereka.

ohmedia peniaga.jpeg

Artikel berkaitan: “Jijik tengok parents enable benda macam ni” – Netizen Tegur Marketing Luc*h, Jadi Ikutan Kanak-kanak

Artikel berkaitan: “Aku kenal siapa kau” – Zed Zaidi Bagi Amaran Keras Kepada 2 Artis Tular Berc*molot Di Photobooth

Pasangan peniaga tawar ganjaran RM50k

Susulan video tersebut, pasangan suami isteri ini didakwa menawarkan ganjaran lumayan sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya mencari individu yang merakam dan menyebarkan video berkenaan.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, yang memaparkan tangkap layar menerusi siaran langsung peniaga terbabit.

Katanya, isu terbabit sudah menjadi kes polis selepas video rakaman itu tersebar di media sosial serta menjadi bualan hangat netizen.

Dalam hantaran itu juga, pasangan ini didakwa mempertahankan diri mereka dengan menyatakan video yang tular hanyalah potongan tiga minit terakhir daripada sesi live berdurasi dua jam.

Screenshot 2025 09 22 112308

Mereka mendakwa, video terbabit sengaja diputar belit oleh pihak tertentu yang mahu menjatuhkan mereka.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.