Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menerusi komen di Facebook menjelaskan mengapa dia memilih untuk menolak bedah siasat arwah.
Wanita berusia 45 tahun itu mengakui beliau tidak dapat berfikir dengan waras ketika diminta untuk memberi kebenaran bagi menjalankan bedah siasat ke atas anaknya, Zara Qairina,13, yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Artikel berkaitan: “Punca kematian kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen” – 12 Fakta Kes Zara Qairina Didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Artikel berkaitan: Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM & Warden Ditempatkan Di JPN Sabah
“Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada nasihat diberikan dan jika kami tahu, kami tidak akan tandatangan dokumen menolak bedah siasat itu.
Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat.
Jika kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak akan tandatangan dokumen bagi menolak bedah siasat itu,” tulisnya.
Peguamnya, Hamid Ismail, mengesahkan akaun dengan nama pengguna ‘Noie AiDa’ adalah milik Noraidah.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar, berkata Noraidah sendiri menandatangani dokumen yang dikeluarkan pihak hospital untuk tidak membenarkan bedah siasat dijalankan terhadap jenazah anaknya.
Sumber: Berita Harian