ft guru didakwa

Seorang guru Bahasa Inggeris dari sebuah sekolah telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegusaran awam berkenaan denagn kes arwah Zara Qairina Mahathir, dia mendakwa telah dimasukkan dalam mesin basuh.

Namun begitu, guru yang dikenali sebagai Siti Hajar Sharafudin 39 mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Artikel berkaitan : Ternanti-nanti Penghujung Kesnya, Ini Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina Yang Menggemparkan Negara

Artikel berkaitan : Dakwa Sebagai Pakar Bedah Siasat Zara Qairina, ‘Dato’ Prof Dr.’ Ditahan Polis

Mengaku tidak bersalah

Berdasarkan pertuduhan, wanita tersebut telah membuat kenyataan yang mungkin telah menimbulkan kegentaran dalam kalangan orang awam boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Dia membuat dakwaan itu menerusi akaun TikTok miliknya apda 1.20 tengah hari pada 6 Ogos lalu. Kenyataan itu dilihat dan didengar oleh eorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Screenshot 2025 08 21 124411

Kesalaan tersebut didakwa dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Sebelum ini, terdapat penyebaran maklumat palsu itu menimbulkan kebimbangan awam, selain daripada memberi tekanan emosi kepada keluarga Allahyarham serta mengganggu perjalanan siasatan polis.

Pihak polis ada membuka 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu terhadap kematian pelajar tingkatan 1 itu termasuklah berita palsu tentang mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Oleh itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini ada mendedahkan bahawa seorang guru mengakui kandungan TikTok bahawa Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh hanya sekadar ‘content’.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.