Jabatan Penjara Sangkal Dakwaan Yasin Sulaiman, Wujud Sistem Kasta Dalam Kalangan Banduan

7 hours ago 3

Jabatan Penjara menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang mendakwa kehidupan dalam penjara banyak dipengaruhi oleh wang dan pengaruh.

Menerusi sebuah podcast baru-baru ini, Yasin mendakwa wujud sistem kasta atau hierarki dalam kalangan banduan yang dipengaruhi faktor kewangan.

Artikel berkaitan : Selepas 4 Tahun, Yasin Sulaiman Akhirnya Bebas & Dibenarkan Pulang Dari Hospital Bahagia

Artikel berkaitan : Yasin Sulaiman Dibebas Dari Hukuman Penjara Seumur Hidup, Perlu Kembali Ke Hospital Bahagia

Tak tahu apa motif Yasin

Berikutan dengan kenyataan tersebut, Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa menegaskan dakwaan berkenaan tidak menggambarkan keadaan sebenar di penjara.

Menurutnya, pihak Jabatan Penjara sememangnya mengakui ada perkara negatif yang mungkin berlaku, namun prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan telah ditetapkan bagi mengawal serta mengekang perkara tersebut.

Screenshot 2026 09 21 153316

“Dakwaan itu tidak benar kerana dalam konteks kepenjaraan, kita fokus kepada program pemulihan, cuba atasi perkara-perkara yang negatif berlaku di penjara dan benda (dakwaan) itu tidak ada.

“Kita ada SOP dan peraturan untuk mengekang perkara yang negatif dan tidak baik. Kita akui ada perkara mungkin berlaku, tetapi tidak seperti yang dinyatakan,” katanya.

Malah Mohamad Rosidek berkata beliau tidak pasti apakah motif Yasin membuat dakwaan tersebut. Namun, beliau tidak menolak kemungkinan status Yasin sebagai figura yang dikenali menyebabkan kisah berkaitan dirinya mendapat perhatian di media sosial, lebih-lebih lagi selepas dibebaskan dari penjara.

“Dia (Yasin) baru keluar (penjara), jadi media sosial sedang fokus kepadanya. Pada saya, kalau kita tengok ramai yang bebas dari penjara sudah berjaya. Jadi pada saya kenapa kita nak fokus perkara negatif?”

“Kita fokuslah kepada apa yang pihak penjara berjaya buat, namun kadangkala kita suka cari yang kecil-kecil. Kalau dalam podcast itu pun kita boleh tengok komen daripada netizen dan sebagainya.”

Screenshot 2026 09 21 153603

“Ada yang negatif dan positif, tetapi kita boleh tengok yang positif dan kami di Jabatan Penjara berusaha untuk memastikan perkara negatif, salah laku dan sebagainya dapat kita tangani dan ambil tindakan,” katanya.

Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada November 2023 telah melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Bagaimanapun, mahkamah ketika itu memerintahkan Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |