ft JSJ Zara Qairina

Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yelah menghantar beberapa pasukan khas untuk ‘turun padang’ bagi mengambil ambil kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam satu kenyataan berkatan, penghantaran pasukan task force ke Sabah itu terdirri daripada 9 anggota dan pegawai, ia adalah satu komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pastikan agar siasatan dapat dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.

Artikel berkaitan : “Hukum gapo aurat si m*ti dilihat doktor lelaki” – Netizen Pertikai Sesi Bedah Siasat Adik Zara

Artikel berkaitan : Laporan Forensik Zara Qairina Mungkin Siap Paling Lambat 2 Bulan, Ini Mungkin Sebabnya

“PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa. Sehubungan itu, PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional, serta mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.”

Screenshot 2025 08 12 112001

Untuk rekod, Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama pada 16 Julai lalu, adik Zara Qairina disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Berikutan itu, kematian murid usia 13 tahun itu telah meraih perhatian rakat Malaysia kerana timbul dakwaan isu buli yang membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.