syaz ft 2025 08 21T122439.840

Mungkin ada yang tidak tahu kepentingan hidupan liar untuk biodiversiti, terbaru Kerajaan Sarawak, menerusi Sarawak Forestry Corporation (SFC), telah mengesahkan komitmen jangka panjangnya untuk melindungi orang utan Borneo (pongo pygmaeus) dan memulihara biodiversiti negeri.

Sempena Hari Orang Utan Antarabangsa 2025, Sarawak mengetengahkan inisiatif baharu,
selain mengukuhkan perhubungan dengan agensi serta komuniti bagi mengekalkan populasi orang utan di negeri itu.

cats 11

Artikel berkaitan: “Dia pun dahaga jugak” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Orang Utan Selongkar Peti Ais Dan Ambil Minuman

Artikel berkaitan: Wanita Sumbat Haiwan Eksotik Dalam Bagasi Untuk Cuba Seludup Melalui KLIA Ditahan

Global Wildlife Program (GWP) Malaysia dalam gabungan itu menegaskan masih ramai dalam kalangan masyarakat hanya mengenali spesis Orang Utan tetapi kurang memahami peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem.

0G8A3607Pengurus Projek Kebangsaan dan Penasihat Teknikal (GWP) Malaysia, Norizal Khushairi

“Saya boleh katakan secara umum, masih perlukan penambahbaikan dari segi kefahaman masyarakat berkait impak dan sumbangan hidupan liar kepada alam sekitar. Contoh kalau Orang Utan ini pupus nanti, ada kesan-kesannya, pada alam sekitar dan masing-masing ada peranan.

Jadi kita maklum bahawa isu berkaitan biodiversiti seperti hidupan liar kurang mendapat perhatian, oleh itu melalui GWP ini kita cuba utamakan kesedaran di peringkat masyarakat tempatan,” kata Pengurus Projek Kebangsaan dan Penasihat Teknikal GWP Malaysia, Norizal Khushairi.

Sebelum ini, pelancaran Hari Orang Utan Antarabangsa diadakan di Semenggoh Wildlife Centre, Kuching, Sarawak bermula 19 hingga 24 Ogos ini.

WhatsApp Image 2025 08 21 at 11.28.24 AM

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebagai info, GWP Malaysia juga memberikan sumbangan lebih USD 479,000 (lebih RM2 juta) tahun bagi membantu SFC menjaga hutan, melindungi habitat dan libatkan penduduk kampung dalam usaha pemuliharaan.

Sumber: Sarawak Forestry Corporation, Global Wildlife Program Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.