Proses imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dijalankan malam tadi terhadap jasad Zara Qairina Mahathir, 13, sejurus selepas proses menggali semula kubur pada petang Sabtu.
Menurut peguam Hamid Ismail, yang mewakili ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45, jasad dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk imbasan sebelum bedah siasat dijadualkan pada jam 9 pagi keesokan harinya.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau memaklumkan proses penggalian semula berjalan lancar walaupun hujan lebat, apabila cuaca mulai reda sebelum kerja bermula.
Hamid menyatakan keyakinan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menjalankan siasatan, walaupun mengakui terdapat kelemahan pada peringkat awal kes, termasuk bedah siasat yang tidak dilakukan dan pakaian mangsa tidak diambil.
Katanya, pihak polis kini menunjukkan kerjasama baik, dan beliau percaya keadilan akan dapat ditegakkan buat Zara.
Baca: Kubur Arwah Digali Semula, Jasad Zara Qairina Masih Berada Dalam Keadaan Utuh