Apabila menjadi seorang yang terkenal seperti selebriti, segala pertuturan akan menjadi perhatian. Seperti yang berlaku baru-baru ini di mana ada individu yang berkongsi ada penyampai radio bertindak memperlekehkan pemanggil yang meluahkan perasaan.
Dalam hantaran di Threads, individu yang memuat naik status berkenaan mendedahkan pemanggil itu berkongsi dia mendapat gaji pertama dan memberikan sejumlah gajinya kepada ibunya, lalu ibunya itu menangis.
Artikel berkaitan: “Suka ejek warna kulit” – Pelajar Dakwa Dib*li Anak Penyampai Radio Popular
Artikel berkaitan: Penyampai Radio Ditegur Pakai T-Shirt Ketika Di Istiadat Pengebumian Negara
Tidak memuji tindakan pemanggil itu, sebaliknya penyampai radio itu memperlekehkan serta membuat lawak luahan pemanggil itu.
“Mak abang menangis? Oh sebab abang bagi (duit) sikit sgt kot? Hahaha.
Pastu sorg dj tu kata dkt dj sorg lagi ‘duit gaji first kau sepatutnya kena bagi dkt aku’ sambil dok bergelak sesama depa,” tulisnya di Threads.
Difahamkan, selepas respon kedua-dua penyampai radio itu, pemanggil tersebut terus terdiam dan panggilan itu dihentikan.
Pun begitu, dalam hantaran tersebut tiada dinyatakan penyampai dari stesen radio mana yang melakukan perkara tersebut.
Sumber: Threads