wanita cetuskan kekecohan di kajang

Tular sejak semalam beberapa video memaparkan seorang wanita mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan beberapa orang awam cedera yang dipercayai berlaku di sekitar Kajang, Selangor.

Memetik sumber Harian Metro, wanita bukan warganegara itu telah ditahan polis selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian pada 11.58 pagi itu, enam individu cedera diserang wanita berusia 24 tahun berkenaan secara tiba-tiba.

Artikel berkaitan: Lelaki Mengamuk, L*mpar Kuali Gerai Char Kuey Teow

Artikel berkaitan: Mengamuk & Hayun Parang Kepada Polis, Suspek Mati Ditemb*k Polis

Kejadian bermula apabila wanita terbabit disyaki memandu secara berbahaya sehingga melanggar tiga penunggang motosikal sebelum menyerang orang awam dengan pisau.

@datukwirajohanabdaziz

13 Ogos 2025 | Kajang Satu kejadian langgar dan tikam yang berlaku di persimpangan Metro Point, Kajang sebentar tadi. Syabas tahniah diucapkan kepada pihak Polis diatas tindakan pantas mengawal keadaan dan memberkas suspek yang terlibat. Dilaporkan terdapat orang awam yang cedera dalam insiden ini. Saya mendoakan agar semua mangsa diberikan kesembuhan segera dan keluarga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian ini; insya Allah. YB Johan Abd Aziz #fyp #fypシ゚viral #kajang #viral #malaysia

♬ original sound – Datuk Wira Johan Abd Aziz – Datuk Wira Johan Abd Aziz

“Hasil bantuan daripada orang awam, wanita bukan warganegara itu berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Terdapat enam mangsa warga tempatan berusia antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan itu yang mana dua mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut, manakala empat lain dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Akibat insiden itu, tiga buah motosikal yang terbabit dalam kejadian mengalami kerosakan akibat dilanggar dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Wanita berkenaan dikenakan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.