Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, kini menjadi tumpuan netizen apabila dia menunjukkan dirinya sedang bermesra dengan seorang lelaki.
Menurut sumber, Nor Hidayah Mohd Ali mendedahkan bahawa dia kini sedang mengenai hati budi seorang lelaki yang dikenali sebagai Amsyar Salim sejak tahun lalu.
Artikel berkaitan : Nurulhidayah Zahid Jumpa Putri Qisya, Ambil Jadi Anak Baru
Artikel berkaitan : Hidayah Bawa Anak Lawat Kubur Arwah Abam Undang Sebak
Ada mirip arwah Abam – Netizen
@hidayah_hamzahTerima kasihhh ❤️#kitabaikramaisayang
♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾
Jelas Hidayah, mereka mula berkenalan secara tidak sengaja apabila Amsyar datang ke kedai miliknya untuk membeli produk kosmetik.
Jelas hidayah lagi, tidak mudah untuk dia membuka pintu hatinya semula sejak arawah Abam meninggal dunia pada 5 tahun lalu. Namun Amsyar memiliki tanggungjawab yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki yang berusia 30 tahun itu.
“Saya kenal dia dari tahun lepas lagi, dia datang ke kedai untuk beli barang-barang produk kosmetik saya. Saya itu kami mula rapat dan saling kenal.”
“Sebenarnya saya susah nak terbuka hati dekat mana-mana lelaki kerana masih sayang dengan arwah suami. Tapi bila saya tengok Amsyar ni, dia seorang lelaki bertanggungjawab. Saya suka cara dia.”
Jelas Hidayah lagi, dia menilai untuk emneruskan hubungannya dengan lelaki itu berdasarkan kemesraan antara Amsyar dengan anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“Bila anak bahagia, saya pun turut rasa bahagia,” ujar Hidayah kepada mStar Online.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di TikTok, ramai netizen menyatakan bahawa paras rupa Amsyar persis dengan arwah Abam.
Berikutan itu, Hidayah tersentuh hati dengan komen-komen tersebut kerana anggap ia sebagai aturan Allah yang paling indah.
Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 6 tahun. Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Sumber : mStar Online