Bayangkan, sudah berlatih siang malam selama dua minggu, namun siapa sangka pada hari yang dinanti-nantikan individu ini telah melakukan satu kesalahan besar!
Inilah yang terjadi pada Ahad lalu apabila sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-80 Kemerdekaan Republik Indonesia di Lapangan Kondosapata, Mamasa, Sulawesi Barat menjadi panik apabila bendera Merah Putih negara itu telah dipasang dalam keadaan terbalik.
Dalam satu rakaman video yang tular, kelihatan tiga anggota pasukan pengibar bendera pusaka (Paskibraka) segera memperbetulkan kedudukan bendera itu setelah menyedari kesilapan berkenaan.
Artikel berkaitan: “Memang tak sengaja” – Balai Polis Simpang Lima Minta Netizen Henti Tular Gambar Bendera Terbalik
Artikel berkaitan: “Tak perasan” – Alasan Peniaga Lepas Ditahan Polis Sebab Pasang Bendera Terbalik
Dalam pada itu, Ketua Protokol Daerah Mamasa, Demmaelo juga bergegas ke arah tiang bendera bagi membantu pasukan pengibar bendera tersebut.
Bendera itu kemudian telah diikat semula dan upacara diteruskan tanpa gangguan.
Namun dalam video itu juga, kelihatan beberapa orang petugas menangis teresak-esak dengan salah seorangnya ditenangkan rakan sejawat setelah majlis selesai.
Susulan kejadian berkenaan, Ketua Daerah Mamasa, Welem Sambolangi tampil membuat permohonan maaf.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kerana petugas berasa gugup ketika upacara berlangsung dan bukannya sebab mereka tidak cukup berlatih kerana persiapan sudah dilakukan sejak dua minggu lepas lagi.
Sedih pula tengok petugas tu sampai teresak-esak menangis…