Pengusaha butik pengantin tergamam apabila terlihat satu rakaman aneh yang terjadi dalam butiknya yang membuatkan dia rasa meremang. Menurut pemilik WNA Bridal yang mahu dikenali sebagai Wanny ini, kejadian itu berlaku saat butiknya tidak beroperasi selama beberapa hari kerana sibuk dengan expo perkahwinan.
Kisahnya, Wanny terintas untuk lihat rakaman CCTV dari dalam butik ketika tidak beroperasi, jelasnya kepada Lobak Merah, dia jarang melihatnya kerana lebih fokus pada CCTV di luar kedai sahaja memandangkan pernah terjadi beberapa kes di kawasan kedainya itu sebelum ini.
Penafian : Artikel ini mengandungi imej dan video yang mungkin menggangu segelintir orang. Kebijaksanaan pembaca amat dihargai.
Artikel berkaitan : Seram! Ibu Kongsi Rakaman CCTV Anak ‘Diusik’ Sesuatu Ketika Teman Ayahnya Ke Pejabat
Artikel berkaitan : Pernah Tular Kisah Tak Sedar Tinggal Sebumbung Dengan Pocong, Wanita Dikhabarkan Sudah Meninggal Dunia
Kedai bersepah, barang berubah tempat, ada kelibat rambut dalam rakaman
Namun begitu, pada 12 Ogos lepas, kira-kira jam 10 malam sebelum tidur, hatinya terlintas untuk melihat rakaman dari dalam butik, dia rasa terkejut apabila mula perasan ada sesuatu pergerakan pada 25 Julai lepas sekitar jam 5 pagi. Menurut Wanny, benda bergerak tersebut merupakan tanjak yang ada di butiknya.
Perhatikan belah kiri akan ada benda bercahaya bergerak sendiri.
Kata Wanny, CCTV di premisnya akan membuat rakaman jika berlaku sebarang pergerakan sahaja, jadi ia membuatkan dia mahu melihat keadaan dalam butiknya pada hari yang sama (12 Ogos 2025).
Sungguh terkejut apabila pada awal pagi hari tersebut, rupanya butiknya ‘didatangi’ oleh entiti itu, dia menunjukkan satu rakaman seperti rambut panjang berjurai di kamera dan dalam masa yang sama, patung yang disusun itu berubah tempat serta butiknya jadi bersepah.
“Jam 10 lepas tengok CCTV, saya ada beritahu kepada mak ayah, mereka pergi ke butik malam tu juga dalam jam 1 pagi sampai, semua keadaan kedai balik tempat asal, ayah ada la pagar kedai sikit-sikit.”
Ditanya mengenai keadaan kedainya selepas kejadian itu, Wanny menjelaskan bahawa ia dalam keadaan baik dan ustaz menjelaskan bahawa ia adalah laluan buat entiti tersebut tetapi ianya tidak mengganggu.
Perkongsian ini tular di Threads, ada yang menyifatkan bahawa rakaman tersebut mungkin kelibat lipas bagaimanapun, Wanny menjelaskan bahawa ia agak mustahil kerana kedudukan CCTV di butiknya itu sangat tinggi dan butiknya dijamin tiada sebarang serangga.
“Tapi tak tahu juga sebab tak dapat jawapan, lepastu tiada CCTV arah berlawanan memang satu hall satu CCTV,” ujarnya kepada Lobak Merah.
Namun begitu, Wanny menjelaskan sepanjang 2 tahun dia menjalankan perniagaan itu, hanya 2 kali ini sahaja perkara sedemikian terjadi dan perniagaannya berjalan seperti biasa.
Sumber : Threads