Hujung minggu lalu, ramai rakyat Malaysia menggembleng tenaga untuk melakukan solidariti terhadap pelajar beruusia 13 tahun yang meninggal dunia, dipercayai akibat dibuli, Allahyarham Zara Qairina di ibu kota.
Namun, ada perkara yang kurang enak timbul apabila ada yang mendakwa laungan #JusticeforZara itu telah dipolitikkan.
Dalam satu hantaran di Facebook, difahamkan ramai yang mula ‘angkat kaki’ termasuklah orang Sabah apabila melihat pelakon Rafidah Ibrahim membuat ucapan yang berbaur politik.
Artikel berkaitan : “Kami tak akan berganjak!” – Rafidah Ibrahim Bersuara Isu Rumah Di Kg. Sungai Baru
Artikel berkaitan : “Tunggang isu” – Ada Pihak Didakwa Jual T-shirt #Justiceforzara Untuk Kaut Untung?
Rafidah buat permohonan maaf lepas dikecam, tapi berpolitik ada sebab
Difahamkan ramai yang kurang senang dengan tindakan Rafidah pada malam tersebut, bahkan menerusi ruangan komen, ada individu yang mengakui hadir ke solidariti itu sebelum menyaksikan ucapan Rafidah dan meninggalkan lokasi tersebut.
Terpanggil dengan kecaman tersebut, Rafidah Ibrahim menerusi Instagram miliknya tampil membuat permohonan maaf terhadap tindakannya yang mempolitikkan isu adik Zara itu.
Jelasnya, perkara itu dilakukan berikutan dengan keluhan rakyat yang mencadangkan untuk tidak menyambut kemerdekaan jika adik Zara tidak dapat menuntut keadilan dan kes ini juga menurutnya sudah sampai ke luar negara.
Menurut Rafidah semua perkara tersebut merupakan tekanan buat ahli-ahli politik.
“Jika tak buat kerja, rakyat akan memilih orang lain untuk menggantikan tempat mereka, itu yang membuatkan mereka cukup-cukup takut.”
“Rakyat bagi tekanan dengan bermacam-macam cara, saya hanya sebahagian daripada cara tersebut.”
Pun begitu, Rafidah tampil buat permohonan maaf kerana mempolitikkan #JusticeforZara tetapi dia menegaskan tindakan yang dilakukan ini adalah politik rakyat kerana dia tidak terikat dengan sebarang parti politik.
“Ya saya memang berpolitik, ini dinamakan politik rakyat, saya minta maaf jika ada yang kurang senang dengan cara saya, tapi apa sahaja tekanan yang boleh diberikan, kita kena cuba. Saya juga mangsa, walaupun keadaan tidak seperti arwah Zara, tapi saya faham sangat dengan kerenah birokrasi.”
Tegasnya lagi, kaedah yang dia lakukan ini bukanlah untuk pemerintah sekarang, tetapi mana-mana pemerintah sekalipun dan dia lakukannya dengan cara memberikan tekanan untuk mendapatkan keadilan.
“Rakyat Sabah, teruskan perjuangan kamu kerana kami di semenanjung ini ada cara kami sendiri.”
Sumber: Instagram