ft tiktoker talent sekolah

Satu video daripada seorang TikToker kini sedang menjadi tumpuan netizen apabila lelaki tersebut memuat naik satu hantaran mencari bakat untuk kandungannya kini tular biarpun ia telah dipadamkan daripada profil asal.

Ia tular kerana lelaki tersebut mencari bakat baru yang mengundang rasa musykil terhadap netizen kerana ciri-ciri dan kriteria yang dikatakan terlalu spesifik yang pemuda tersebut inginkan.

Artikel berkaitan : “Rasa marah, jijik” – Mekyun Terkejut Gambar Dikongsi Dalam ‘Grup Budak Sekolah’, Mohon Ramai Report

Artikel berkaitan : “Dulu buat tempat gantung kunci je” – Netizen Kagum Tengok Hasil Reka Cipta Budak Sekolah

Menerusi hantaran video yang kini sedang tular di platform X, lelaki tersebut mahukan murid perempuan yang masih bersekolah, jelasnya, ia bertujuan untuk ‘drama TikTok’ dan photoshoot.

talent sekolah

Antara kriteria yang dimahukan oleh pemuda tersebut adalah mempunyai perwatakan menarik, tidak malu berdepan denagn kamera, fotogenik dan cantik itu adalah satu bonus dan satu lagi kriteria yang menjadi persoalan netizen adalah pelajar tersebut masih single.

talent sekolah 2

“Talent yang aku nak mestilah dari Pontian, Simpang Renggam, Rengit, Batu Pahat, Benut, Kulai, Skudai, Kluang, dan mana-mana yang terdekat.”

Tindakan mencari perempuan bawah umur dan masih bersekolah serta menunjukkan gambar-gambar murid sekolah itu telah membuatkan ramai ingin menuntut sebab yang relevan kenapa memerlukan mereka.

Boleh tengok video di sini

talent sekolah 3 talent sekolah 4 talent sekolah 5 talent sekolah 6 talent sekolah 7 talent sekolah 8

Risau pun ada, apapun kita tunggu respon daripada tuan empunya badan.

Sumber : X

Sumber: X