Tertekan dengan layanan diterima semasa belajar dipercayai punca seorang wanita memandu secara berbahaya sebelum menyerang orang awam dengan pisau, berhampiran sebuah pusat beli-belah di Kajang, semalam.
Video wanita berkenaan melakukan tindakan itu sempat dirakam oleh orang awam dan videonya itu tular di media sosial.
Artikel berkaitan: Langgar & Cetuskan Kekecohan Di Kajang, Wanita Bersenjata P*sau Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Lelaki Mengamuk, L*mpar Kuali Gerai Char Kuey Teow
@datukwirajohanabdaziz13 Ogos 2025 | Kajang Satu kejadian langgar dan tikam yang berlaku di persimpangan Metro Point, Kajang sebentar tadi. Syabas tahniah diucapkan kepada pihak Polis diatas tindakan pantas mengawal keadaan dan memberkas suspek yang terlibat. Dilaporkan terdapat orang awam yang cedera dalam insiden ini. Saya mendoakan agar semua mangsa diberikan kesembuhan segera dan keluarga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian ini; insya Allah. YB Johan Abd Aziz #fyp #fypシ゚viral #kajang #viral #malaysia
♬ original sound – Datuk Wira Johan Abd Aziz – Datuk Wira Johan Abd Aziz
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, motif wanita berusia 24 tahun itu berdasarkan siasatan awal dijalankan polis.
“Suspek dipercayai kecewa dengan layanan diterima semasa belajar dan juga kehidupan di Malaysia menyebabkan rasa tertekan.
Bagaimanapun, suspek tidak menyatakan layanan seperti apa dan kita masih dalam siasatan lanjut bagi mendapatkan punca sebenar,” katanya.
Beliau berkata, semakan mendapati tiada rekod menunjukkan suspek mengalami kemurungan atau mengambil sebarang ubat, suspek direman tujuh hari sehingga 20 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut.
“Setakat ini, seramai 11 orang saksi diambil keterangan termasuk mangsa. Dua mangsa masih ditahan di wad dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya lagi.
Semalam media melaporkan polis menahan wanita warga asing yang disyaki memandu secara berbahaya sehingga melanggar tiga penunggang motosikal sebelum menyerang orang awam dengan pisau.
Sumber: Harian Metro