Seorang lelaki maut akibat tikaman di dada dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya yang terletak di Taman Seri Pagi, Senawang semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati bahawa kejaidan yang berlaku pada 6.50 petang itu berpuca daripada perselihan faham antara mangsa dan suspek.
Artikel berkaitan : Serangan Tikaman Rawak Di Kaunter Pembayaran, 11 Orang Cedera
Artikel berkaitan : Che Nom Luah Rasa Terkilan, Dedah Tindakan Anak Saudara Yang Diambil Bekerja Seakan ‘Tikam Dari Belakang’
Baru 2 minggu tunang, bakal kahwin tahun ini
Memetik laporan Kosmo! mangsa yang merupakan seorang duda anak satu berusia 28 tahun itu baru sahaja bertunang kira-kira 2 minggu lalu. Adik mangsa, Muhammad Amirul Hakim Mohd. Niza, 27, menyatakan bahawa dia sepatutnya menemani bang sulungnya, Muhammad Amirul Rasyid, 28 itu untuk memberi barang hantaran namun hajat itu tidak kesampaian.
“Abang menduda sejak tiga ke empat tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Sepatutnya abang akan berkahwin dengan tunangnya yang berasal dari Sendayan tahun ini.”
Bercerita mengenai kejadian itu, Amirul Hakim menyaksikan sendiri bagaimana abnagnya telah ditikam oleh suspek.
Ingatkan suspek kawan abang, tiba-tiba datang terus tikam
Jelas Amirul Hakim, kira-kira jam 6.40 petang itu, dia dan abangnya sedang melepak bersama di luar rumah dan ternampak kereta suspek parkir bersebelahan.
“Saya sangka itu (suspek) kawan abang. Tiba-tiba suspek datang ke arah abang dengan sebelah tangan di belakang lalu menikam dada. Saya macam, eh ni abang aku ni!”
“Saya segera pegang suspek untuk selamatkan abang kerana dia masih memegang pisau sebelum menjerit memanggil abah. Lelaki itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap jiran yang mengikatnya dengan tali.”
Kata Amirul Hakim, arwah abangnya iitu meninggal dunia di panghkuannya dan sempat menyebuh perkattah ‘Allah’ sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Masa kejadian, kami semua 12 beradik, emak dan ayah berada di rumah. Emak hampir pengsan kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan ketumbuhan di otak.”
Sebagai seorang adik, Amirul Hakim menyatakan bahawa dia begitu terkesan dengan pemergian arwah abangnya memandangkan mereka sangat rapat dan sentiasa berdua walau ke mana sahaja.
“Kira-kira 10 minit sebelum kejadian, saya dan arwah abang baru pulang berjalan bersama anaknya.”
Sementara tu, Muhammad Hatta berkata, suspek yang berusia 31 tahun itu telah ditahan di lokasi kejadian dengan bantuan penduduk taman perumahan tersebut serta merampas sebilah pisau.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan, suspek telah direman bermula hari ini hingga 18 Ogos.