2 rakyat china intip wisma pertahanan

Dua rakyat China ditahan selepas didapati menceroboh kawasan larangan di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak pada 6 Ogos lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan anggota rondaan polis tentera (MP) ketika menerbangkan dron di padang bola berhampiran wisma berkenaan. Beberapa peralatan seperti dron dan kad memori turut dirampas.

“Siasatan mendapati suspek sedang menerbangkan dron di kawasan padang bola di Wisma Pertahanan sebelum ditahan.

“Pemeriksaan di hotel penginapan mereka menemukan peralatan dron,” tulis kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

GyWpO0DaIAAa7qY

Artikel berkaitan: Wanita Ditahan Gara-Gara Bertindak Agresif, Cederakan Pegawai Imigresen Di KLIA

Artikel berkaitan: Tertekan Dengan Layanan Ketika Belajar Punca Wanita Warga Asing Mengamuk Serang Orang Di Kajang

Dalam kenyataan itu juga, hasil soal siasat mendapati kedua-duanya mendakwa rakaman dron itu dibuat atas arahan majikan, namun mereka tidak mengetahui tujuan sebenar.

Bagaimanapun, semakan mendapati kedua-dua supek itu memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pihak polis kini berhubung dengan agensi antarabangsa dan tempatan bagi mengenal pasti latar belakang serta rekod perjalanan mereka.

Menurut laporan, kedua-duanya telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan mengikut Seksyen 3(a) dan Seksyen 4 Akta Rahsia Rasmi kerana mengintip dan melakukan dokumentasi di kawasan larangan.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Sehubungan itu, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 September depan untuk pelantikan peguam serta serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.