syaz ft 2025 07 25T122357.852

Perkara mistik ini boleh berlaku di mana sahaja, namun kita biasa lihat atau mendengar cerita orang di mana makhluk halus ini berada di bangunan lama atau tempat yang ditinggalkan.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang membuatkan ramai netizen sukar untuk tidur pada waktu malam.

Video berkenaan memaparkan staf dia sebuah klinik merakam kejadian aneh di mana kertas yang ditampal tiba-tiba jatuh seakan-akan ditarik, ada juga bunyi seperti suara wanita mengilai dalam video itu.

Artikel berkaitan: Cik B Kongsi Pengalaman Seram Singgah Di Restoran Bunian

Artikel berkaitan: “Dia tarik I, tolak ke pintu” – Sarimah Kongsi Pengalaman Seram Diganggu ‘Orang Minyak’

@chormuss

Assalamualaikum wbt.. cerite nye begini.. setelah selesai tugas dkami otw nak balik .. kami nak closing klinik..saya dan 2 lg kawan sy nak periksa semua bilik Ditutup di klinik tersebut.. kawan sy cube mencari kunci xjmpe.. sy ckp la g la cari dalam bilik no 3.. die pon masuk bilik 3 .. die kate sy.. mus sy rase xsedap hati dlm bilik tu.. lepas tu kawan sy kunci bilik no 3 dgn cepat dalam mase yg same lengan sebelah kanan die ditarik rentap dgn kuat depan mate sy..kawan sy terus lari kene sy.. sy terus ckp woiii jum kite kluar bilik dgn cepat.. Alhamdulillah kami akhirnye dpat terus kluar dgn jayenye..syukur alhamdulillah kunci bahagian dpn untuk keluar pada asalnye susah jugak nak bukak.. namun berjaye juge dibuka dan kami semue berjaya untuk keluar pintu department tersebut.. sebelum tu klkawan sy bgtau sy dh nmpk jugak kelibat dalam department tersebut sebnarnye.. die xnk bgtau sy sebelum kami nk tutup klinik.. lepas tu xckp byk.. kami gerak lepak makan kat cafe then balik… ✌️aku dah inform kepade oak guard .. #real #horror

♬ original sound – Y&Y – Chormuss

“Ceritanya begini, setelah selesai tugas kami ingin pulang, kami nak closing klinik. Saya dan 2 orang  kawan saya nak periksa semua bilik ditutup di klinik tersebut. 

Kawan saya cuba mencari kunci tapi tidak jumpa. Saya  cakap pergilah cari dalam bilik no 3. Dia kemudiannya masuk ke bilik itu, dia ada berkata rasa tidak sedap  hati.

Dalam masa yang sama, lengan sebelah kanannya  ditarik rentap dgn kuat depan mata saya, kawan saya terus lari kena saya,” tulisnya di kapsyen.

Difahamkan, mereka semua terus keluar dari klinik itu dan memberitahu pengawal keselamatan berkenaan perkara itu.

Rata-rata netizen meremang ketika menonton video ini, malah ada juga yang berkongsi pengalaman mistik mereka yang hampir sama.

cats 22

Weh seramnya!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.