“Ada yang end up cerai” – Bekas Pekerja & Suami Bekas Peserta Kongsi ‘Modus Operandi’ e-Hati

5 hours ago 5

Isu mengenai program motivasi rumah tangga e-Hati dilihat menjadi tumpuan ramai pihak dan kini ia sudah mendapat campur tangan pihak polis. Dengan kehangatan dan pendedahan intipati yang terjadi dalam salah satu program kendalian organisasi ini, ia pastinya membuatkan aktivis kemanusiaan, Caprice rasa terpanggil untuk membuat siasatan secara terperinci.

Jadi, menerusi perkongsian audio siarnya baru-baru ini, Caprice ada memanggil suami kepada salah seorang suami kepada bekas peserta yang terlibat dalam program yang dianjurkan di Shah Alam (seperti yang hangat diperkatakan ketika ini) ke studio, pendedahan demi pendedahan terungkai dan kesan terhadap rumah tangganya.

Penafian : Amaran, artikel ini mengandungi audio dan penulisan yang boleh mengganggu, kebijaksanaan pembaca dan pendengar kami hargai. 

Artikel berkaitan : Salahkan Dr Moumita Bersendiri Waktu Malam, Pengetua Kolej Teruk Dikecam

Artikel berkaitan : “Steady lah ustaz favourite korang” – Pakai Kopiah Tapi Minta ‘Gift’ Di TikTok, Caprice Sindir Ebit Lew?

Dalam pada itu, Caprice juga turut memanggil individu yang dikenali sebagai Puan B, wanita yang dikatakan pernah bekerja dalam organisasi tersebut turut menceritakan pengalaman buruknya sepanjang berkhidmat di syarikat tersebut.

Pemuda yang lebih mesra dengan gelaran ‘ Tuan A’ menceritakan bahawa isterinya pernah sertai program itu sejak tahun 2019 untuk mendapatkan ilmu mengenai hal rumah tangga kerana pada ketika itu dia dan isteri masih belum berkahwin.

Screenshot 2025 07 14 165757

Pada permulaan penglibatan, Tuan A dan isteri tidak menafikan bahawa mereka memberikan ilmu yang bermanfaat, selepas mereka berkahwin, mereka akan kerap berbincang mengenai program tersebut sehinggalah pengakhiran penglibatan isterinya itu pada tahun lepas.

Bermula daripada sesi secara atas talian sehinggalah ke sesi secara fizikal, bagaimanapun, Tuan A mula rasa ada yang tak kena ketika tahun 2022/2023 apabila isterinya cuba mengimplimentasikan kaedah yang diajar daripada program tersebut.

Selain menceritakan hal-hal sulit yang lain, satu lagi red flag yang Tuan A mula hidu apabila si isteri ada mendedahkan bahawa ada antara peserta menggunakan satu objek yang mereka jual untuk kepuasan diri.

Screenshot 2025 07 14 165852

Disebabkan itu, Tuan A mula merasakan bahawa program tersebut sudah mula menyimpang apabila terlalu banyak teori yang bercanggah dengan lumrah kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, satu kemuncak yang telah membuatkan isterinya sendiri mula rasa musykil dan mula serik menyertai ‘motivasi’ tersebut apabila Tuan A mendedahkan bahawa isterinya menyertai ‘kelas fizikal’ yang dijalankan di Shah Alam seperti mana kisah yang ditularkan.

Berdasarkan perkongsian Tuan A, jalan cerita tersebut memang selari dengan dakwaan yang tular sebelum ini.

“Dia ada cakap dia nak pergi seminar tu secara fizikal, kita okay, selagi dia rasa pelru isi masa, sebab dia rasa dia perlu ‘me time’, kita sebagai suami bagi sokongan, sampailah sebelum dia balik, dia cerita, malam terakhir, ada satu kejadian yang sangat, saya tak dapat nak cakap macam mana.”

“Dia kata, guru yang melatih mereka ini, himpunkan mereka, seolah-olah malam terakhir ini adalah malam significant untuk mereka lah, untuk melepaskan tekanan, trauma, ketakutan, ketidayakinan dalam diri, untuk menaikkan sifat feminin, saya tak tahu apa hubungannya dengan menanggalkan pakaian, adalah satu kaedah menaikkan semangat wanita.”

Tuan turut berpendapat bahawa kemungkinan individu yang sertai itu adalah golongan wanita yang mempunyai masalah tersediri untuk mencari jalan keluar namun selepas terjerumus dengan kaedah sebegitu .

Bagaimanapun,  Tuan A bersyukur apabila isterinya antara golongan yang tidak terjerumus dan terikut-ikut dengan budaya tersebut, dia turut menjelaskan bahawa titik terakhir’ dia mengikuti program tersebut dan menjelaskan ia adalah kali pertama dan terakhir mengikuti program tersebut secara fizikal.

Dalam pada itu, ketika disoal kepada Puan B tentang ‘modus operandi’ e-hati, Puan B tidak menafikan bahawa ia pada awalnya adalah satu perkara yang baik. Malah dia turut mendedahkan setiap jurusan yang ingin di sertai akan dikenakan caj yang agak tinggi.

Namun, dia mula menyedari ada perkara yang tak kena apabila terbaca satu kaedah yang mencurigakan iaitu cara para isteri memuaskan diri. Disamping itu, Puan B turut mendedahkan suasa toksik sepanjang bekerja di situ di mana pada hari pertama bekerja dia ada melihat pengurus di situ menengking orang dan staf dikerah untuk menarik ramai lagi pelanggan.

Sementara itu, Carprice ada menerima banyak DM yang dikatakan antara peserta yang terlibat mengatakan bahawa ada antara mereka yang mengikuti dan amalkan ajaran daripada program tersebut telah memberikan kesan lebih buruk dalam rumah tangga, mereka dikhabarkan bercerai setelah mengalamalkan panduan daripada kursus tersebut.

Screenshot 2025 07 14 165834

Dalam pada itu, Tuan A berpendapat bahawa ia membuatkan suami jadi tertekan dan membuatkan hubungan jadi makin jauh sehingga menyebabkan suami curang.

“Dalam pendapat peribadi saya, wnaita-wanita yang perlukan ‘ubat’ atau penawar ini akhirnya makin sakit dengan benda yang paling kita harapkan adalah berpisah dengan pasangan masing-masing. Mereka melatih diri mereka untuk hidup bersedirian.”

Dirumuskan, bahawa program tersebut seolah-olah ingin mengajar wanita untuk hidup secara bersendirian secara tidak langsung yang mana bercanggah dengan matlamat asal. Malah program ini juga dianggap toksik kepada mereka yang datang daripada golongan poligami.

Sumber : YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |