kes hibah difaraidkan

Beberapa bulan lalu, kecoh diperkatakan di pelbagai platform media sosial  tentang kisah hibah bernilai RM1 juta yang sepatutnya menjadi milik isteri seorang lelaki yang telah meninggal dunia tiba-tiba difaraidkan oleh keluarga mentua.

gambar hiasan hibahGambar Sekadar Hiasan

Susulan kes tersebut, difahamkan, isteri arwah telah ke mahkamah semula untuk mendapatkan haknya kembali.

Terkini, menurut perkongsian Shahrulsabri98 di platform Thread, akhirnya kes itu selesai di mana wang hibah itu kekal menjadi hak milik isteri arwah iaitu kakaknya.

hibah

Artikel Berkaitan: Kes Tular Hibah Tukar Jadi Faraid, Rupanya Isteri Arwah Yang Sambung Bayar Polisi Tersebut Sehingga Akhir Hayat Suami?

Artikel Berkaitan: Baru Terima Hibah RM1 Juta, Isteri Tak Tahu Keluarga Mentua Menang Tukar Wang Pampasan Kepada Faraid

Difahamkan juga, hampir RM10,000 dibelanjakan oleh isteri arwah untuk menguruskan kes tersebut di mahkamah.

4

Alhamdulillah, kes ini akhirnya selesai. 

Sumber: Thread shahrulsabri98

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.