syaz ft 2025 07 02T122120.305

Elliza Razak yang merupakan selebriti dan bekas peserta rancangan realiti TV, Akademi Fantasia 3 (AF3) baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menurut Elliza, perkahwinan yang terbina sejak 2011 hingga tahun lalu menyaksikan dirinya berdepan pelbagai tekanan emosi, termasuk menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan bekas suami.

Artikel berkaitan: Fikry Ibrahim Tampil Buka Mulut Isu Kemelut Rumah Tangga, Bagi Bayangan Masih Belum Berakhir

Artikel berkaitan: Bagai Tiada Titik Noktah, Sebutan 3 Kes Rumah Tangga Zahnita & Suami Disambung Ke Tarikh Baru

“Mak saya pernah pesan, kalau Elliza boleh ubah dia, besar pahala. Saya pegang kata-kata tu. Saya bertahan sebab saya tak nak kecewakan mak dan ayah. Keluarga pun tahu saya tak bahagia, tapi saya teruskan juga.

Saya cuba baiki. Kalau boleh perbaiki, kita baiki. Tapi, manusia hanya boleh ubah diri sendiri. Kita tak boleh ubah orang lain,” katanya.

3055737

Menurut laporan Harian Metro, meskipun tersingkir awal dari program AF3, nama Elliza mula menonjol menerusi bidang lakonan apabila diberi peluang membintangi beberapa drama popular seperti Impian Ilyana, Prebet Jamilah dan Kisah Kaisara.

Pelakon Prebet Jamilah itu kemudiannya menghilang daripada industri seni, malah lebih memilukan apabila dia berdepan episod keganasan rumah tangga yang bermula sekitar tahun keempat perkahwinan.

“Saya pernah ditolak, ditampar, heret keluar bilik masa mengandung anak kedua. Anak saya nampak. Dia menjerit tengok saya kena. Sampai sekarang saya masih teringat jeritan dia. Keganasan itu bermula sekitar 2015 dan berlarutan hingga tahun lalu.

Saya simpan semuanya sendiri. Saya tak buat laporan polis sebab fikir anak-anak. Saya tak nak mereka hidup tanpa ayah. Saya fikir hati semua orang, tapi saya lupa diri saya sendiri,” katanya.

Selepas berpisah, Elliza turut melalui fasa pemulihan sukar akibat simptom trauma dan anxiety, namun tetap tekad bangkit demi masa depan yang lebih tenang bersama anak-anak.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.