chiwan suri rumah

Baru-baru ini tular satu hantaran di Threads daripada seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang penyampai radio yang didakwa telah memperlekehkan wanita yang bergelar suri rumah tangga.

Menurut individu berkenaan, dia terdengar satu segmen di radio yang memperdengarkan perbualan di antara penyampai berkenaan dengan pemanggil wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘suri rumah berjaya’.

Namun penyampai radio berkenaan kemudian didakwa bertanya dengan nada memerli,

“Apa yang awak rasa berjaya sangat tu jadi suri rumah?” 

dj chiwan 3 down

Tambah individu berkenaan, dia berasa soalan yang ditanyakan penyampai radio itu agak keterlaluan dan ada juga beberapa kenyataannya dalam sesi perbualan itu kedengaran agak tidak sesuai untuk diperkatakan kepada suri rumah tersebut.

Dia ingat semua suri rumah ini tak ada education ke? Semua kuno, habis SPM terus kahwin, duduk rumah tunggu suami bagi duit? Seriously?” 

Artikel berkaitan: “Kalau mak b*doh…” – Ramai Setuju Kenyataan Hazeman Berkenaan Wanita ‘Educated’ Jadi Suri Rumah

Artikel berkaitan: “Saya tunggu dua jam!” – Suri Rumah Kecewa Bank Tak Benarkan Buka Akaun Simpanan

Chiwan Suria FM mohon maaf 

Susulan tularnya hantaran itu, Chiwan Suria FM menerusi platform Threads membuat permohonan maaf dan menjelaskan terdapat salah faham atas perkara yang terjadi.

Menurut Chiwan atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Sabri, 39 memberitahu perbualannya dengan wanita itu hanyalah sekadar borak biasa tanpa niat untuk menghina.

chiwannnn 1

Minta maaf kalau percakapan saya dalam radio tadi ada salah faham. Caller tu beritahu dia suri rumah yang berjaya. Lepas tu saya tanya apa yang buat awak rasa suri rumah tu berjaya dengan nada nak ajak borak bukan tanya sebab nak perlekehkan. 

“Lepas tu dia jawab ‘yelah sebelum ni caller semua jawab suri rumah je so saya tak naklah nampak downgrade’ lebih kurang macam tu lah.

“Saya counter balik, betullah tu bukan senang nak jadi suri rumah. Orang lelaki pun tak mampu jadi suri rumah,” jelasnya.

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan Chiwan dan mengatakan kebanyakan wanita yang bergelar suri rumah kini mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat.

Ada juga yang menyebelahi Chiwan dengan mengatakan perkara ini hanyalah salah faham semata-mata.

Apa-apapun, secara general min harap tak adalah yang memandang rendah dengan wanita yang bergelar suri rumah ini. Tak semua orang mampu menjadi suri rumah tau. Min salute dengan wanita-wanita hebat ini!

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.