Syarikat teknologi data, Astronomer, akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung video tular memaparkan CEO mereka, Andy Byron, dan Ketua Sumber Manusia, Kristin Cabot, yang dirakam oleh ‘kiss cam’ semasa konsert Coldplay di Boston, Khamis lalu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di LinkedIn Astronomer, syarikat itu menafikan dakwaan bahawa seorang lagi kakitangan mereka, Alyssa Stoddard, turut berada dalam video berkenaan.
Video berkenaan menjadi tular selepas pasangan itu terkejut apabila kamera tertumpu kepada mereka, sebelum berpaling dengan cepat. Tindak balas itu mencetuskan reaksi spontan daripada vokalis Coldplay, Chris Martin, yang berkata: “Sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan sulit, atau mereka sangat pemalu.”
Rakaman detik tersebut dimuat naik oleh penonton konsert dan dengan pantas mencetuskan menjadi tular di media sosial.
Tidak lama selepas itu, netizen mula mengaitkan wanita dalam video sebagai Alyssa Stoddard, seorang kakitangan kanan dalam Bahagian Sumber Manusia Astronomer. Namun, syarikat tampil menafikan dakwaan itu.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Byron mahupun Cabot, dan tiada sebarang pengesahan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan, seperti yang dibayangkan oleh Chris Martin.
Sumber: Hindustan Times