syaz ft 2025 07 07T105031.872

Satu sindiket yang jarang didengari iaitu mengeksploitasi warga emas yang ingin berkahwin dengan warga asing tumpas berikutan penahanan lima individu dalam operasi khas di sekitar Putrajaya.

Menurut laporan Harian Metro, kegiatan sindiket terbabit dibongkar menerusi serbuan oleh pasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Putrajaya pada jam 9.19 pagi.

Artikel berkaitan: “Dipercayai dic*bul” – Budak Hilang Di Pangsapuri Jadi Mangsa Culik, Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran

Artikel berkaitan: Ditemui Terdampar Di Pantai, Warga Emas Meninggal Dunia Di Pulau Tioman

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu.

“Pasukan berjaya menahan empat lelaki tempatan dipercayai dalang utama dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai orang tengah berusia 30 hingga 66 tahun.

Hasil serbuan, pasukan merampas enam pasport Malaysia, pasport China (22); pasport Bangladesh (7), pasport Indonesia (3), pasport Vietnam (2) dan masing-masing satu pasport Myanmar serta Macau.

Pasukan turut merampas sebuah komputer riba, dua mesin pencetak, 26 fail berisi dokumen JIM dan dokumen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta wang tunai berjumlah RM3,070 yang dipercayai hasil kegiatan sindiket,” katanya.

Difahamkan, JIM turut menyita kenderaan iaitu Perodua Beza dan Honda CRV yang dipercayai digunakan oleh sindiket berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket terbabit menawarkan perkhidmatan imigresen iaitu permohonan ‘isteri kepada warganegara tempatan’ selain turut menawarkan perkhidmatan JPN iaitu permohonan ‘perkahwinan warganegara tempatan dengan warga asing’.

Sindiket itu menyasarkan warga emas tempatan yang berada di Lembah Klang dan ingin berkahwin dengan warga asing.

Kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM500 untuk setiap permohonan yang ditawarkan, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.