Seorang lelaki yang dipercayai merupakan pelancong di Bangkok, Thailand telah menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia terjatuh ke dalam sungai Chao Phraya di ibu kota negara itu.
Menurut video kejadian tersebut yang tular di media sosial, lelaki tersebut yang merupakan pelancong dari Korea Selatan dilihat telah cuba untuk melompat dari bot yang dinaikinya ke jeti meskipun bot tersebut belum berlabuh sepenuhnya di jeti tersebut.
Dalam video tersebut, dapat dilihat hanya pelancong tersebut seorang sahaja yang melompat dari bot ke jeti jeti manakala penumpang lain pula tetap kekal di posisi masing-masing di dalam bot.
@mustsharenewsKorean tourist in Thailand falls off boat after attempting to jump onto pier Patience is a virtue 🧘 #mustsharenews #sgfyp #thailand
♬ original sound – MustShareNews – MustShareNews
Artikel berkaitan: “Masuk kedai pun pakai kasut” – Tular Selepas ‘Scam’ Pekedai, Lelaki Warga Asing Dikesan Masih Aktif
Artikel berkaitan: “Customer dari neraka” – Berang Tak Boleh Cuba Kabel Sebelum Beli, 2 Beranak Tamp*r & Tarik Tudung ‘Cashier’
Dalam video yang tular itu, dapat dilihat jarak antara bot berkenaan dengan jeti itu sudah dekat dan mungkin sebab itulah, pelancong tersebut berani untuk mencuba melompat dari bot ke jeti.
Namun, ternyata tindakan itu tidak berjaya kerana dia terjatuh ke dalam sungai tersebut. Nasib pelancong itu baik kerana dia telah diselamatkan sepantas kilat oleh beberapa orang individu dari jeti dan bot tersebut yang dipercayai mungkin merupakan pekerja bot dan jeti.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan lelaki itu kerana jarak antara bot dan jeti sudah dekat dan pelancong itu sepatutnya menunggu bot itu berlabuh sepenuhnya di jeti sebelum keluar dari bot.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah jeti berhampiran pusat beli belah popular di Bangkok iaitu Terminal 21.
Sumber: Bangkok Post, Must Share News