Sejak semalam, tular satu video memaparkan dua kanak-kanak yang dipercayai dua beradik ditemui di tepi jalan bersama dengan botol susu dekat Garden Avenue, Seremban 2 yang menjadi perbualan ramai.
Menerusi video tersebut, kedua-dua kanak-kanak ini dilihat duduk di bahu jalan dengan salah seorang daripadanya memeluk si kakak yang dipercayai berusia enam tahun.
Video yang tular itu pula datang dengan kapsyen penjelasan kononnya mendakwa dua beradik tersebut telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dengan kelihatan satu botol susu di sisi kanak-kanak tersebut.
Situasi berkenaan ternyata mendapat perhatian netizen yang prihatin dengan keadaan dua kanak-kanak itu dan di dalam video itu juga dapat dilihat pihak polis hadir untuk menjalankan siasatan.
Artikel berkaitan: Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa
Artikel berkaitan: Ibu Tergamak Buang Anak Perempuan Umur 11 Tahun, Lepas Dapat Suami Baru
Kanak-kanak sudah diambil ibu bapa, rupanya…
Walau bagaimanapun menurut komen netizen di video yang dimuat naik, difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut sudah mengambil anak mereka semula di Balai Polis Seremban 2.
Menerusi penjelasan yang diberikan, dua beradik tersebut rupa-rupanya bukan ditinggalkan tetapi sebaliknya dikatakan si kakak telah membawa adiknya keluar dari rumah ketika bapa sedang tidur.
Turut dimuat naik gambar dipercayai bapa kepada kedua-dua anak itu tampil di balai polis dan memangku anaknya.
Perkara tersebut juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din yang mengatakan pihak keluarga sudah mengambil dua beradik tersebut pulang ke rumah.
Alhamdulillah kalau dah pulang ke rumah. Moga ibu bapanya lebih berhati-hati lepas ini, bimbang anaknya keluar lagi.