Pelakon Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa hantaran seolah-olah ditujukan kepada seseorang.
Menerusi beberapa hantaran di akaun X miliknya, Nabila atau mesra disapa Abil mempersoalkan keberadaan individu yang bergelar Datin tidak tampil memperbetulkan keadaan ketika suaminya berdepan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
“Mana ‘betina’ yang punca porak peranda ni ye? Senyap je… Duit nak, kaya nak, title Datin nak, semua kau dah dapat. Tapi kau biarkan je nama suami kau kena caci. Jahatnya…” tulis Nabila.
Artikel berkaitan: “Saya rasa jijik” – Nabila Huda Dakwa Ibu Tiri Jadi ‘Dalang’ Berlakunya Krisis Keluarga
Artikel berkaitan: “Bapa kepada Nabila Huda” – Shila Amzah Dedahkan Penyanyi Yang Serangnya Semasa Sesi Latihan Konsert
Anak kepada legenda rock, Datuk Amy Search juga meluahkan rasa kesal dengan wanita berkenaan yang selama ini didakwa banyak menimbulkan rasa kurang senang terhadap individu lain.
“Buat malu je. Tapi, kali ini baru betul buku bertemu ruas. Ramai sebenarnya dah jadi mangsa buli & maki kau.
“Bukan tak boleh bersuara, tapi semua orang terlalu menghormati suami kau. Lambat lagi orang nak takut dengan kau!” ujarnya.
Meskipun tidak menyebut nama, rata-rata pengikut membuat andaian hantaran tersebut adalah berkaitan dengan isu melibatkan penyanyi Shila Amzah dengan penyanyi legenda, baru-baru ini.
Terdahulu, Nabila ada berkongsi video memaparkan dirinya sedang menyindir seorang wanita bergelar Datin yang didakwa dibenci rakyat negara ini.
Sumber: X