Tular di media sosial, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah yang dipercayai menjadi mangsa buli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.
Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia pada malam Khamis ketika sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I.
Kes terbabit menjadi perhatian, yang mana orang ramai menggesa pihak kementerian dan pihak berkuasa campur tangan mengenai insiden tersebut.
Artikel berkaitan: “Tiada maaf bagi pembuli” – Kes Buli OKU Di GiatMara, Dr Asyrad Wajdi Bakal Ambil Tindakan Tegas
Artikel berkaitan: Pelajar Alami Cedera Dalaman, 12 Penuntut UMT Direman Kes P*kul Bergilir-gilir
Memetik laporan Kosmo!, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengenai kejadian terbabit.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga termasuk dalam aspek sokongan psikososial.
“Saya dan pengurusan tertinggi kementerian telah menziarahi keluarga di hospital bagi memastikan semua keperluan untuk disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.
“Pada waktu ini kejadian sedang berada dalam siasatan pihak polis. Saya menyeru masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang mungkin boleh mengganggu siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Fadhlina meminta orang ramai menghormari privasi keluarga dan memberi ruang sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Salam takziah kepada keluarga mangsa…
Sumber: Kosmo!