ft AC Mizal

Seperti yang kita sedia maklum, kumpulan 4U2C bakal menjalankan konsert, tetapi tidak lama selepas itu, timbul satu isu apabila komposer Man Senoi tampil mendakwa hak cipta lagu kumpulan hip hop popular era 1990-an itu adalah milik mereka.

Ia selepas Man Senoi dan isterinya mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai mengenai penganjuran konsert WE 4U2C Live in Concert yang bakal dijalankan pada September depan. Susulan itu, isu penggunaan lagu pada konsert 4U2C menjadi hangat sampaikan ada pihak lain tampil memberikan pandangan.

Artikel berkaitan : Bukan Sebab AC Mizal Tak Datang, Bekas Isteri Perjelas Sebab Anak Menangis Masa Akad Nikah

Artikel berkaitan : Ajai Mohon Maaf Atas Kenyataannya Terhadap 4U2C

Tidak berdiam diri, anggota kumpulan tersebut yang juga pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal ada membuat sidang media menjelaskan bahawa pihak mereka mempunyai permit daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) di mana ia sudah memadai untuk meneruskan sebarang acara.

Tidak cukup dengan itu, AC Mizal ada tampil memberikan keterangan yang lebih mudah untuk difahami mengenai isu ini.

“Contoh rancangan GV (Gegar Vaganza) atau dulu AKADEMI FANTASIA bahkan BIG STAGE berapa banyak lagu yang dinyanyikan… Kalau semua lagu perlukan kebenaran pencipta rasanya tak sempat nak buat rancangan atau persembahan itu.”

Jelasnya, MACP yang memainkan peranan sebagai pengutip bayaran dari stesen TV yang menyanyikan lagu hasil ciptaan komposer yang berdaftar dengan badan tersebut.

“Pencipta lagu secara rasminya membenarkan MACP mengutip royalty untuk mereka dengan lagu lagu yang pencipta SENDIRI daftarkan untuk pendapatan hasil karya mereka.”

“Maksudnya ada pencipta lagu yang tak tahu pun lagu mereka dinyanyikan secara live di mana-mana persembahan TETAPI mendapat rezeki bila MACP dibayar untuk penggunaan lagu pencipta itu. Sama lah juga dengan konsert WE 4U2C….simple kan? Kami dah bayar untuk permit MACP.”

Tegasnya lagi konsert WE 4U2C Live in Concert bakal dilakukan pada 15 September nanti tetap akan diadakan di Live Arena, Petaling Jaya, Selangor kerana pihaknya sudah mendapat permit MACP.

Sumber : Facebook, mStar, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.