Sejak hujung minggu lepas, viral pendedahan netizen di media sosial berkenaan kebocoran maklumat rakyat Malaysia melalui sebuah website yang pernah tular pada tahun 2024 lalu.
Menurut perkongsian Pendakwah Teknologi di Facebook, dia kembali membangkitkan isu itu semula apabila mendapati website berkenaan masih lagi boleh diakses sehingga kini dan tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kebocoran itu berlaku.
Menerusi hantaran itu, page berkenaan menjelaskan, dengan hanya membayar wang pendaftaran USD 50, semua data peribadi seseorang boleh saja ‘dibogelkan’ dengan menggunaan nombor kad pengenalan.
Artikel berkaitan: Maybank Beri Penjelasan Isu Dakwaan Data Bocor & Dijual Sebanyak RM84,000 Di Forum Dark Web
Artikel berkaitan: “Sedang dijual dalam ‘dark web'” – Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor?
Katanya lagi, data-data ini dikatakan telah dikumpul daripada pangkalan pelbagai agensi dan semua ini boleh diperoleh menerusi laman sesawang Caghi.
Saya nak tanya, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia dan kesemua kementerian di Malaysia ni, tak boleh buat apa ke dengan laman yang menyediakan akses kepada data rakyat Malaysia ni?
“Dengan hanya pendaftaran USD50 (RM211.19), habis bogel data saya dan semua data sesiapa sahaja yang ada kad pengenalan. Yang paling seronok, maklumat ini dikumpul dari pangkalan data pelbagai agensi,” katanya.
Tambahnya lagi, segala maklumat sulit bank dan kad kredit seperti nombor CVV juga dikatakan bocor yang mana ia boleh membawa kepada jenayah siber yang lain pula.
Saya rasa baik tutup sajalah agensi yang bercakap pasal keselamatan data kalau website macam Caghi ini tak dapat dihalang. Nampak sangat mereka tak tahu siapa yang buat website ini.
“Caghi ini dah bertahun-tahun beroperasi… ni saya siap boleh buka DIRECT tanpa perlu VPN pun. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang ‘menjaga’ data peribadi dan sulit rakyat Malaysia.
“Tak payah sibuk tentang TikTok dan lain-lain. Depa semua tu tak jual data peribadi rakyat Malaysia, ni website memang terang-terang jual data sensitif rakyat Malaysia. Bahaya kot, alamar rumah semua ada,” tulisnya lagi.
Untuk info, isu kebocoran data maklumat di Malaysia ada di paras membimbangkan dan menurut statistik, kebocoran data di negara kita adalah paling teruk di Asia dengan kerugian sebanyak RM1.57 billion disebabkan masalah itu.