Jika diperhatikan ada yang menggunakaan paltform TikTok secar live untuk membuat ruqyah, ia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada ia mempu memberi kesan atau sebaliknya kerana disampaikan secara maya.
Oleh sebab itu, pakar motivasi dan juga perawat Islam, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah tampil memberikan respon. Jelasnya doa dan ruqyah tidak bergantung kepada medium telefon atau secara online sahaja..
Artikel berkaitan : Fahmi Fadzil Beri Sebab Kenapa Pengendali Era FM Dikompaun Tinggi Berbanding Kes Harith & Cecelia
Artikel berkaitan : “Whatsapp tak dibaca sepanjang hari” – Dr Fadzilah Kamsah Kongsi 7 Tanda ‘Anxiety’
“Dengan izin Allah ia tidak mustahil”
Beliau menegaskan tidak mustahil kaedah itu boleh berkesan kerana doa tidak menspesifikasikan kepada satu cara sahaja, namun, ia berkait rapat dengan niat dan keikhlasan seseorang.
@mfadzilahkamsahRuqyah online ni betul ke scam? #pesantokabah #tipsperkahwinan #ceramahmotivasi #pesantokabah #drfadzilahkamsah
♬ original sound – Fadzilah Kamsah – Fadzilah Kamsah
“Kalau Allah kata, kamu mendoakan orang di TikTok live, meruqyahkan orang secara TikTok live, ada orang yang berkenaan angkat tangan dan berdoa, boleh tak? Boleh. Dengan izin Allah ia tidak mustahil (berkesan).”
Walaubagaimanapun, Dr Fazdilah Kamsah memberi peringatan bahawa ada individu yang cuba ambil kesempatan untuk meminta penonton memberikan gift sebagai syarat sebelum doa itu dibacakan.
“Kalau nak berkesan atau doa makbul, doa ruqyah yang saya bacakan di TikTok live ni, hantar gift dulu, topi dengan misai ke, atau harimau. Itu dikuatiti tipu, sebab kalau kita mendoakan atau ruqyah perlu secara ikhlas.”
Dalam pada itu, Dr Fadzilah menjelaskan bahawa beliau pernah sahaja merawat ahli keluarga yang jauh hanya melalui doa dan bacaan ruqyah melalui panggilan telefon. Baginya lagi, doa atau ruqyah hanyalah iktibar dan bukan kuasa penyembuh itu sendiri.
Sumber : mStar Online