ft aaida dharma

Berikutan dengan dugaan yang dialami oleh pelakon veteran Dharma Harun menjadi perhatian, ramai rakan artis telah turun melawat dan menghulurkan bantuan serta sumbangan kepadanya termasuklah penerbit Datuk A.Aida.

Ketika membuat lawatan bersama mStar Online, A.Aida memberi tawaran lakonan kepada pelakon veteran itu dengan harapan serba sedikit dapat membantu untuk menyara dirinya.

Artikel berkaitan : Pelakon Popular Era 80-an, Dharma Harun Makin Kurus Berat Hanya 45kg

Artikel berkaitan : Anak Dharma Harun Nafi Tak Nak Bantu Keluarga, Mahu Habis Belajar Dulu

Ketika memberikan skrip kepada Dharma, A.Aida sempat bertanyakan keadaan Dharma untuk mendapatkan kepastian jika pelakon tersebut dalam keadaan baik.

“Dah baca kisah tu, perasaan sebak menerjah kita lah, jadi kebetulan nak shoot tu, fikir-fikir tak apa lah, tukar dan ulang balik cerita tu, buat khas untuk abang Dharma.”

Dalam pada itu, Dharma meluahkan rasa seronok kerana dapat kembali bekerja sebagai pelakon. Jelasnya biarpun sudah lama tidak berlakon, dia banyak menerbitkan rancangan, siri televisyen dan filem sebelum ini.

Dalam pada itu, Dharma turut rasa terkejut apabila melihat respon orang ramai yang masih lagi mengingati dirinya biarpun sudah lama tidak ke layar perak.

“Saya sangat terkejut sebab, orang masih ingat, saya tak sangka, kawan-kawan datang seperti Dj Dave dan artis-artis ini semua, diaorang mengingatkan saya kepada….eh, aku ni orang ingat lagi rupanya.”

Ditanya sama ada dirinya masih boleh bekerja, Dharma mengatakan dia masih mampu melakukan aktiviti harian seperti memandu dan berjalan, namun, tidak dinafikan bahawa ianya sedikit terbatas.

Semoga semuanya baik-baik sahaja dan sentiasa kuat.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.