“Dia di brain wash konon sayang dia” – Ibu Dedah Pelakon Cilik Watak ‘Khunsa’ Diganggu Oleh Anggota Polis

1 month ago 45

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice baru-baru ini ada mendedahkan bahawa seorang pelakon kanak-kanak kini sedang menjadi umpan kepada individu pedolifia.

Dalam hantarannya di Instagram, Caprice menunjukkan mesej perbualan dirinya di hubungi oleh ibu kepada pelakon tersebut dengan mendakwa perwatakan anak berubah sejak mengenali individu terbabit.

Artikel berkaitan : Temui Petunjuk Baharu, Polis Siasat Suspek Culik Albertine Leo Mungkin Seorang Pedofilia

Artikel berkaitan : Tular Dakwaan Guru Pedofilia Di MRSM Tumpat, Polis Kini Sedang Jalankan Siasatan

“Abba kish tu ada maksud tau”

Jelas ibu kepada pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Khunsa itu iaitu Mikael Noah itu menjelaskan bahawa dia dihubungi oleh pelaku untuk berlakon di sebuah teater kelolaannya.

Menurut ibunya, Lelaki yang merupakan penyanyi tradisional dan juga anggota pois itu ada berjumpa dengannya bersama isteri untuk memint akebenaran meluangkan masa bersama Mikael medangkan pelaku dan isteri tidak mempunyai anak lelaki dan berhasrat untuk mejadikan Mikael sebagai anak angkat.

Namun begitu, setelah sekian lama, ibunya mendakwa perwatakan Mikael jadi beribah sehinggakan hiilang rasa hormatnya terhadap ibu bapa kandung.

“Dia ada bawa Mikael keluar beberapa kali belikan Mikael macam-macam. Benda mahal juga la, kemudian lama-lama Mikael inii makin tak hormat mak ayah dia. Asuk melekat dengan telefon dan whatsapp.”

Ia membuatkan ibunya terdetik untuk semak perbualan antar aMIkael bersama lelaki tersebut dan alangkah terkejutnya apabila membaca setiap perbualan yang ibunya kongsikan kepada Caprice ini. Boleh bawa di bawah ni…

“Kita yang besar pun tertipu dengan kata-kata manis ex bf/gf kita, apa lagi bebudak” – Ibu Mikael

Menjengah ke profil Instagram milik Mikael, ibunya ada membuat satu kenyataan memandakan dia mendakwa ada seglintir netizen yang menyalahkan mangsa.

Ibunya bagaimanapun menjelaskan bahawa Mikael masih belum ‘diapa-apakan’ lagi oleh pelaku, malah ibunya juga turut menjelaskan situasi yang lebih terperinci tentang anaknya. Katanya, Mikal memang tidak layankan sangat apabila pelaku mesej yang ‘bukan-bukan’ kepadanya.

Namun begitu, ibunya mendakwa bahawa Mikael telah di ‘brain wash’ kononnya pelaku itu sayang dna ikhlas terhadapanya dan ia membuatkan kanak-kanak seperti Mikael termakan degan ayat-ayat itu.

Bagaimanpun, wanita ini akui bahawa dia selalu terlepas pandang semak mesej Mikael dengan pelaku biarpun sering perhatian aspek lain, ia kerana wanita ini terlalu percaya kepada pelaku yang mempunyai perwatakan elok seperti tak tinggal solat, mempunyai isteri dan baik hati.

IMG 2168

Risaunya, minta jauh lah benda-benda ni.

Sumber : Instagram Caprice, Mikael Noah 

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |