Dengan kes yang Allahyarham Zara Qairina ini, ia membuatkan wanita yang dikenali sebagai Hajar ini terkenangkan zaman dia pernah dibuli ketika berusia 13 tahun semasa bersekolah asrama di sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Selangor.
Disebabkan tidak tahan dengan buli tersebut, Hajar hanya bertahan selama 6 bulan sahaja kerana tidak tahan dengan bulian itu.
Artikel berkaitan : “Fikiran saya tak waras ketika itu” – Ibu Zara Qairina Jelaskan Mengapa Tolak Bedah Siasat
Artikel berkaitan : “Macam tak perlu je” – Netizen Rasa Kurang Selesa Dengan Lagu ‘Justice For Zara’?
Sampai kena sorok dalam almari sebab takut dibuli
“Perempuan cara buli dia ni, dia akan panggil junior dia, diaorang akan duduk kan dalam satu bilik dan senioar yang nak buli ni akan duduk beramai-ramai dalam satu bulatan besar dan junior yang nak di buli ini akan duduk kat tengah-tengah. Ha, saya kat dalam tengah-tengah bulatan tu banyak kali.”
Mengimbau detik itu, Hajar menjelaskan bahawa hampir setiap hari dia dibuli namun antara memori yang masih segar dalam ingatannya sehingga kini apabila ada satu ketika dia sokongan moral yang dia berikan kepada individu yang berkulit sawo matang diputar belit.
“Rakan sekalas nama I ni, sedikit insecure sebab kulit dia sedikit tan(sawo matang), waktu dalam kelas, dia cakap kulit aku ni gelap sedikit, tak ada teman lelaki sebab orang tak suka aku sebab kulit gelap.”
“Saya cakap kulit kau gelap tak bermaksud kau tak cantik mesti akan ada orang nak kat kau juga. Tapi malam tu, tiba-tiba ada senior panggil, waktu saya pergi tu bila tu dah diam semua orang tengok saya.”
Dia disoal oleh ‘kakak angkat’ kepada rakan sekelasnya itu mendakwa yang dia memburukkan dan memperlekehkan warna kulit rakan sekelasnya itu, bila ajar cuba bagi penjelasan dia dihamun semula.
“Kakak-kakak yang lain sekeliling saya tu campur cakap kau sund*l, kau ingat kau cantik sangat,” ujar Hajar dalam nada sebak.
Katanya, dia dikelilingi hampir 30 orang memaki hamun dirinya sehingga dirinya menangis namun tidak dapat belas kasihan sedangkan waktu itu dia baru sahaja 2 minggu masuk asrama.
Dalam situasi kedua, dia yang melalui fasa ‘cinta monyet’ menjelaskan yang dirinya ada menerima surat cinta daripada pelajar tingkatan 2, namun Hajar menjelaskan yang dia tidak suka pada lelaki tersebut dan disebabkan itu, dia dipanggil lagi sekali dan dimaki hamun oleh para senior dengan kata-kata kesat.
“Minggu depan itu, saya kena panggil lagi, sama tempat, sama situasi, ‘eh kau kecil-kecil lagi dah gatal eh, eh kau junior lagi kau dah gatal eh, kau sund*al eh’, lagi sekali saya menangis, sebab saya tak tahu apa saya nak buat.”
Kata Hajar, dia begitu tertekan sehingga pernah terdetik untuk bunuh diri kerana insiden tersebut. Dalam situasi lain dia pernah dimaki oleh senior lain hanya kerana duduk di atas meja dan disebabkan itu, dia dimaki oleh senior pada waktu malam di asrama.
“Sebelum tidur ada waktu bacaan Yassin dan surah Al-Mulk, waktu itu, diaorang panggil saya masuk dorm mereka untuk panggil saya sund*l, betina, kata saya gatal.”
Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk berpindah sekolah, tetapi dia berdalih kononnya tidak boleh tahan dengan mata pelajaran di sekolah tersebut sedangkan hakikatnya dia dibuli.
Oleh sebab kerap menjadi bahan kutukan senior, Hajar sampai ke tahap dia menjadi takut dan malu sehingga terpaksa bersembunyi dalam almari bilik. Namun, mereka berjaya mengesannya dan terkena maki lagi. Dia terus hubungi ibu bapa untuk pindah sekolah dan kehidupannya berubah di sekolah baru.
Biarpun umurnya kini umurnya sudah hampir 30 tahun, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Dari situ, ia membuatkan Hajar terfikir situasi yang arwah Zara Qairina terpaksa harungi.
@hejeresthis is a long one justiceforzara zaraqairina
♬ original sound – hajar 🇵🇸 – hajar 🇵🇸
Sumber : TikTok