Semalam, kecoh di media sosial apabila penyanyi terkenal Malaysia, iaitu Shila Amzah mendakwa dia diserang oleh seorang artis lagenda.
Meskipun ramai netizen sedang berteka-teki siapakah artis lagenda yang dimaksudkan oleh Shila Amzah namun polis sudah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.
Artikel berkaitan: Shila Amzah Pernah Ditawar RM6 Juta Di China Tapi Kena Buka Tudung
Artikel berkaitan: Shila Amzah Perlu Masa Untuk Terima Ibu Tiri, Masih Terkejut Dengan Pilihan Baru Bapanya
Menurut mStar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata laporan itu dibuat pada pukul 5.31 petang Khamis.
“Pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada penama Nurshahila Amir Amzah berhubung kejadian yang dilaporkan,” katanya.
Sebelum ini, pelantun lagu Patah Seribu itu memuat naik sebuah Insta Story yang memberitahu dia diserang oleh seseorang yang legendary.
Susulan insiden tersebut, media sosial kecoh dengan pelbagai spekulasi yang meneka siapakah penyanyi yang dimaksudkan oleh Shila Amzah.
Difahamkan, Shila dijadualkan membuat persembahan di ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y pada Jumaat bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara penyanyi lain yang terlibat ialah Datuk Awie, Datuk Amy Search, Ella serta Jaclyn Victor.
Sumber: mStar